PELABURAN HARTANAH: KENALI JENIS-JENISNYA
Pelaburan hartanah sama ada undercon,subsale dan lelong semua ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.
Ada yang dapat kunci terus boleh untung dalam masa singkat tetapi untungnya tak banyak. Mungkin kita dapat positif cash flow atau pun ngam-ngam lepas bayar installment bank dan maintanance je. Ada juga yang anda dapat kunci tetapi apabila disewakan masih negative cash flow.
Ada pula boleh dapat lebihan beberapa ratus ringgit. Pelaburan jenis ini risiko agak rendah. Apapun LOKASI amat penting untuk memastikan tujuan asal kita tercapai.
LELONG
Pelaburan jenis ini sebaik sahaja kita menang dan tandatangan kontrak POS, kita dah tahu berapa % kita boleh untung.
Buat sewa pun in sha Allah kita boleh cover semua kos-kos semasa berkaitan hartanah tersebut.
Tapi pelaburan jenis ini RISIKO besar tetapi UNTUNG pun besar jika kena caranya. Deposit 10% boleh hangus sekiranya tak boleh selesaikan bayaran kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari.
Dampingilah otai-otai lelong kat luar sana sebelum buat keputusan untuk libatkan dalam pelaburan ini.
UNDERCON
Pelaburan jenis ini memang ada kelebihan tersendiri. Modal down payment pun tak payah keluar duit poket sebab ada pemaju tawarkan 0 deposit. Bayaran kos guaman dan cukai setem pun ditawarkan secara percuma. Apa yang penting slip pendapatan kita mestilah layak untuk buat pinjaman.
Pelaburan ini jenis jangka sederhana atau panjang. Seeloknya ambil tempoh 3 tahun ke atas untuk kita dapatkan hasil yang berbaloi.
Hartanah jenis ini sebaik dapat kunci kita boleh sewakan dan dapat positive cash flow. Ada juga anda akan menghadapi negative cash flow terutamanya hartanah jenis teres.Itu normal. Seeloknya belilah dari pemaju yang dah established.
Tetapi selepas beberapa tahun anda memiliki dan berhasrat jualkannya.In sha Allah keuntungannya anda boleh beli kereta idaman secara cash. Apaun sebelum melibatkan diri dalam pelaburan hartanah undercon anda wajib study cukup-cukup supaya tidak menyesal kerana buat keputusan yang kurang tepat.
MORALNYA:
Apa jenis pelaburan hartananah yang anda ceburi kena pertimbangkan beberapa faktor. Faktor LOKASI merupakan syarat utama. Selain itu faktor MODAL dan faktor HOLDING POWER pun cukup penting.
Jangan lupa ketiga-tiga jenis hartanah ini jika dijualkan dalam tempoh 1-5 tahun dari tarikh dibeli anda kena bayar cukai keuntungan (CKHT-RPGT). Apapun ukur duit di poket sendiri.
.



