SEBELUM JUAL ATAU BELI HARTANAH: FAHAMI PERANAN MASING-MASING
Sebagai Pembeli:
Apabila berminat dengan mana-mana unit yang ingin dijual, anda berhak untuk menawarkan harga paling rendah dan boleh meraih keuntungan maksimum.
Anda ada kuasa beli, anda ada kekuatan di situ. Tetapi harus berhati-hati. Adakah unit yang diiklankan dan ditunjukkan itu betul-betul wujud atau sekadar “dummy” sahaja.
Sebagai Penjual:
Harta ini adalah milik anda. Selagi nama anda tercatat dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) atau dalam geran, anda berhak tentukan untuk jualkan ataupun tidak. Anda juga berhak tetapkan harga untuk dijual.
Boleh dikatakan semua pemilik ingin jualkan dengan harga maksimum dan meraih keuntungan maksimum. Tetapi penjualan yang relevan mestilah berpandukan pasaran hartanah (property market) dan nilai pasaran (market value) semasa. Penetapan harga jualan tanpa 2 faktor di atas agak sukar untuk terjual dalam masa yang singkat.
Sebagai Perunding Hartanah (REN):
Hanya sebagai pemudah cara dan memberi nasihat yang relevan kepada penjual dan juga pembeli. Harus diingat penjual dan pembeli juga manusia biasa yang semuanya tak nak rugi.
Di sini perlukan ketelusan dan kejujuran semasa dalam proses rundingan dengan penjual dan pembeli. Ini pun jika kita ingin berniaga untuk jangka masa panjang.
Tak perlu menekan harga pihak penjual sehingga dia kerugian atau dapat untung yang tak sepatutnya. Begitu juga tak perlu guna pelbagai taktik pintu belakang semata-mata untuk dapatkan sales.
Apabila diiklankan, unit yang ingin dijual mestilah tersedia untuk dijual (jika subsale). Bukannya diiklankan dengan harga termurah di pasaran kononya kita jaga kawasan tersebut, selepas dapat pembeli barulah cari pemilik dan tekan owner untuk jualkan kononnya cek atau duit deposit dah ada kat tangan.
Harus Diingat:
Dalam berniaga, semua orang inginkan keuntungan yang maksimum. Tetapi harus diingat, jangan sampai ada pihak yang teraniaya kecuali dia setuju rugi atau tak nak untung banyak dengan kerelaan sendiri.
Sebaiknya, teruskan hubungan di antara penjual, pembeli dan REN walaupun proses jualan telah selesai. Jika mereka puas hati dengan khidmat kita, mungkin lepas ini mereka akan rekemen kepada sanak-saudara dan rakan taulan mereka pula.
Tapi jika semasa dalam proses jualan dan belian tadi ada pihak yang rasa tertipu, sudah pasti hubungan tadi sampai setakat jualan itu sahaja. Mohon tegur jika saya tersalah tulis. Saya pun REN biasa yang masih perlukan bimbingan dan tunjuk ajar.
Kamaruzaman Omar
All reactions:
101Syukor Karnaini, Isfarizal Roma Isia and 99 others
37 comments
12 shares
Like
Comment
Share