Kamaruzaman Omar

Profil

KAMARUZAMAN OMAR

10 Tahun Di Dalam Industri. Saya Dah Faham Segala Selok Belok Bidang Hartanah Ni.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya Kamaruzaman Bin Omar atau lebih dikenali sebagai Kamal.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan daripada Universiti Malaya (UM) dan pernah bekerja sebagai pengurus di beberapa syarikat swasta.

Sepanjang 10 tahun dalam bidang ini, perkara paling menggembirakan saya ialah apabila dapat membantu penjual jualkan hartanahnya dengan cepat dan dengan harga yang berbaloi. Begitu juga apabila dapat membantu pembeli dapatkan hartanah yang berbaloi dan proses jualan sehingga penyerahan kunci dengan lancar.

Sebelum pihak pemilik meneruskan penjualan hartanahnya, saya memberikan kefahaman sepenuhnya kepada pemilik supaya beliau faham proses keseluruhan termasuk tempoh masa dan kos. Setelah pemilik bersetuju untuk jualkannya, saya akan uruskan sehingga selesai.

Begitu juga dengan pembeli. saya akan fahamkan dan suaikan hartanah yang berbaloi ikut kelayakan pinjamannya. Jika pembeli dah berminat saya akan uruskan A hingga Z.

MASALAH yang saya jumpa dan mampu selesaikan :

  1. Rumah yang hampir dilelong tetapi saya berjaya jualkan melalui proses biasa sahaja.
  2. Rumah yang keadaan yang sangat teruk tetapi saya berjaya dapatkan pembeli.
  3.  Rumah yang pemiliknya ada masalah rumahtangga (bercerai), tetapi saya berjaya uruskan persetujuan kedua belah pihak untuk jualkan dengan aman.
  4. Uruskan penjualan kepada pasangan yang sangat berminat nak membelinya. Dari segi gaji layak buat pinjaman,tetapi tiada deposit.
  5. Jangan segan-segan nak guna khidmat saya. Saya sedia membantu. Nak respon pantas terus klik butang WhatsApp kat bawah sebelah kanan skrin anda…
 
 

Pencapaian Di Dalam Bidang Hartanah

Apabila saya dipilih untuk membantu klien klien untuk menguruskan hartanah mereka, hasil yang terbaik, pantas dan mudah adalah matlamat utama saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua klien yang telah memilih saya sebagai ejen hartanah pilihan. 

0 +
Hartanah Diuruskan
0 +
Klien Dibantu
0
Juta Nilai Hartanah
0 +
Anugerah

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top