Sebagai REN, tanggungjawab anda terhadap pembeli ialah:
- Menyediakan Maklumat Hartanah: REN bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat tentang hartanah yang sesuai dengan keperluan dan pilihan pembeli, seperti lokasi, keluasan tanah, keluasan bangunan, kemudahan dan harga.
- Berikan Maklumat Tepat: REN bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat mengikut soalan atau keperluan pembeli.
- Berikan Cadangan Terbaik: REN tugasnya cuba memberikan cadangan yang sesuai dengan pilihan dan keperluan pembeli.
- Membantu dalam Membuat Keputusan: REN seharusnya membantu pembeli dalam proses membuat keputusan dengan memberikan maklumat yang berkaitan dan menjelaskan persoalan yang diajukan oleh pembeli.
- Membantu dalam Proses Pembelian: REN membantu pembeli dalam keseluruhan proses pembelian hartanah, termasuk proses melihat, rundingan harga, menandatangani kontrak dan proses berkaitan.
- Menyediakan Perkhidmatan Pelanggan yang Memuaskan: REN kena berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan dengan memberikan respon yang cepat dan sopan.
- Menyediakan Pendidikan: REN juga bertanggungjawab memberikan pendidikan tambahan atau penjelasan tentang produk atau perkhidmatan yang berkaitan.
- Menghormati Privasi dan Kerahsiaan: REN mesti mengekalkan privasi dan kerahsiaan pembeli dengan tidak berkongsi maklumat yang mereka berikan sesuka hati kepada pihak yang tidak ada kaitan dengan hartanah yang ingin dibeli.
Melalui tanggungjawab ini, REN akan menjadi seorang boleh dipercayai dan membantu pembeli mencapai matlamat mereka.

>>YA”>NAK JUAL RUMAH? BIAR SAYA BANTU KLIK >>>YA
Tanggungjawab REN terhadap penjual ialah:
- Menyediakan Perundingan Profesional: Menyediakan perundingan profesional kepada penjual tentang strategi pemasaran yang berkesan, penetapan harga yang sesuai dan cara meningkatkan daya tarikan hartanah untuk mempercepatkan jualan.
- Mempromosikan semaksimum mungkin: Ambil langkah untuk mempromosikan harta penjual secara meluas, termasuk penggunaan media dalam talian, pengiklanan cetak, pemasaran rangkaian dan pemasaran terus kepada bakal pembeli.
- Melaksanakan Tawaran dan Rundingan: Bertindak sebagai perantara antara penjual dan pembeli semasa proses tawaran dan rundingan, dengan matlamat untuk mencapai persetujuan sehingga menghasilkan jualan.
- Menguruskan Dokumentasi dan Transaksi: Membantu penjual mengurus semua dokumen dan prosedur yang berkaitan dengan penjualan hartanah.
- Sediakan Maklumat dan Kemas Kini: Berikan maklumat dan kemas kini yang kerap kepada penjual mengenai perkembangan dalam penjualan hartanah, maklum balas daripada bakal pembeli, serta cadangan untuk perubahan strategi jika perlu.
- Melindungi Kepentingan Penjual: Melindungi kepentingan penjual dan mengekalkan kerahsiaan maklumat peribadi atau harta benda yang diberikan kepada REN semasa proses jualan.
>>YA”>NAK JUAL RUMAH? BIAR SAYA BANTU KLIK >>>YA
Melalui tanggungjawab ini, REN berusaha untuk membantu penjual mencapai matlamat mereka dalam menjual hartanah pada harga optimum dan dalam masa yang sesingkat mungkin.
Kamaruzaman Omar
Protasa Properties Sdn Bhd
- KENAPA APARTMENT MELODI PERDANA PUNCAK ALAM SANGAT BERBALOI UNTUK DIBELI?
- PEMBUKAAN TOL ECO GRANDEUR DAN PEMBINAAN STESEN ECRL “BOOMKAN” PUNCAK ALAM
- Pembukaan Persimpangan Bertingkat & Plaza Tol Eco Grandeur: Lonjakan Baharu Pasaran Hartanah Puncak Alam
- LARANGAN-LARANGAN YANG REN KENA PATUHI DALAM KERJANYA SEBAGAI REN
- STESEN ECRL PUNCAK ALAM: KENAPA MASIH RAMAI YANG BELUM TAHU KEWUJUDANNYA?




Leave a Comment