Ramai pembeli rumah pertama rasa teruja apabila dengar promosi “beli rumah tanpa deposit” atau lebih popular disebut deposit 0. Tawaran ini memang kedengaran menarik, sebab kebiasaannya pembeli perlu sediakan 10% daripada harga rumah sebagai wang pendahuluan (unit subsale).
Namun, di sebalik tawaran manis ini, pembeli perlu faham bahawa tiada istilah betul-betul percuma dalam urusan hartanah. Jika tidak diselidik terlebih dahulu, risiko untuk terbeban dengan kos tersembunyi, pinjaman yang lebih tinggi atau komitmen kewangan yang panjang sangatlah besar. Cuba bayangkan mana ada pihak yang berniaga tak mahu untung dan memberikan khidmat secara percuma sama ada pihak peguam mahupun pemaju perumahan.
Apa Maksud Deposit 0?
Deposit biasanya merujuk kepada 10% harga rumah yang dibayar kepada pemaju atau penjual sebelum pinjaman perumahan diluluskan.
Contoh:
- Harga rumah: RM300,000
- Deposit 10%: RM30,000
Dengan skim deposit 0, pembeli tak perlu bayar RM30,000 itu secara tunai. Pemaju atau pihak tertentu akan membantu “tutup” deposit tersebut dengan cara tertentu sama ada melalui rebat, diskaun, atau mark-up harga rumah.
Risiko dan Perkara Yang Perlu Disemak
1. Harga Rumah Mungkin Dinaikkan
Ada kes, harga rumah sengaja dinaikkan supaya deposit nampak “percuma”, tetapi hakikatnya pembeli tetap bayar melalui pinjaman yang lebih tinggi.
👉 Maksudnya: walaupun masuk rumah tanpa keluarkan duit awal, bayaran bulanan jadi lebih mahal.
2. Kos Guaman dan Duti Setem Tetap Ada
Deposit mungkin ditanggung, tetapi kos sampingan seperti:
- Perjanjian Jual Beli (S&P)
- Perjanjian Pinjaman
- Duti Setem (stamp duty)
Kos-kos ini masih perlu dibayar oleh pembeli. Jangan terpedaya dengan anggapan semua percuma.
3. Pinjaman 100% Tidak Semestinya Lulus
Bank tidak semestinya meluluskan pinjaman 100% walaupun pemaju tawarkan skim deposit 0. Bank akan nilai kelayakan berdasarkan:
- Pendapatan bersih
- Komitmen hutang sedia ada
- Skor kredit (CTOS/CCRIS)
Kalau pinjaman ditolak, pembeli tetap terikat dengan perjanjian tempahan.
4. Kemungkinan Terperangkap Dengan Kontrak Pemaju
Ada pemaju yang meletakkan klausa tertentu, contohnya pembeli tidak boleh sesuka hati membatalkan tempahan walaupun menyedari sesuatu di sebalik skim “0” deposit . Ini menyebabkan deposit “0” tadi bertukar menjadi kerugian wang booking.
Bagaimana Elakkan Risiko?
✅ Semak betul-betul SPA (Sales & Purchase Agreement) – Fahami apa yang percuma, apa yang tidak.
✅ Tanya REN berdaftar – Dapatkan nasihat ejen hartanah berlesen yang boleh terangkan secara telus.
✅ Buat kira-kira bayaran bulanan – Jangan hanya lihat deposit, kira juga kos keseluruhan pinjaman.
✅ Pastikan pinjaman boleh lulus dahulu – Buat semakan kelayakan bank sebelum teruja dengan promosi.
Kesimpulan
Tawaran deposit rumah 0 memang nampak menguntungkan, terutama untuk pembeli rumah pertama yang kekurangan modal. Namun, pembeli perlu bijak menilai kerana “tiada yang percuma” dalam dunia hartanah. Apa yang tidak dibayar di depan, kemungkinan besar tersembunyi dalam bayaran bulanan atau kos lain.
📌 Ingat: selidik dahulu sebelum membeli. Dapatkan pandangan profesional supaya keputusan yang dibuat tidak membebankan masa depan kewangan anda.
Kamaruzaman Omar
“Nak Jual atau Beli Rumah di Shah Alam, Puncak Alam & Sungai Buloh? Hubungi Ejen Hartanah Berdaftar Kamaruzaman Omar”
- KENAPA APARTMENT MELODI PERDANA PUNCAK ALAM SANGAT BERBALOI UNTUK DIBELI?
- PEMBUKAAN TOL ECO GRANDEUR DAN PEMBINAAN STESEN ECRL “BOOMKAN” PUNCAK ALAM
- Pembukaan Persimpangan Bertingkat & Plaza Tol Eco Grandeur: Lonjakan Baharu Pasaran Hartanah Puncak Alam
- LARANGAN-LARANGAN YANG REN KENA PATUHI DALAM KERJANYA SEBAGAI REN
- STESEN ECRL PUNCAK ALAM: KENAPA MASIH RAMAI YANG BELUM TAHU KEWUJUDANNYA?



