Kamaruzaman Omar

Blog

JADI REN: KENAPA DALAM 3 BULAN PERTAMA MESTI ADA CLOSING DEAL?

1) Untuk buktikan “kau memang boleh buat” (momentum mental).

– 3 bulan pertama adalah tempoh paling fragile.

– Kalau langsung tak ada closing, otak mula bisik:

“Betul ke aku sesuai jadi REN?”

“Kenapa orang lain laju tetapi aku tidak?”

– Dengan satu closing awal keyakinan akan melonjak dan momentum tercipta.

– REN yang lambat closing, biasanya terus hilang arah.

2) Nak Elakkan Dompet “Kritikal”.

– Kerjaya REN bergantung pada komisen. Kalau dalam 3 bulan tak closing:

– Duit simpanan akan berkurangan.

– Motivasi dan semangat kerja akan terjejas.

– Stress naik dan prestasi makin merudum.

– Satu closing kecil pun cukup untuk hidup dan sustain.

– Nak Elakkan You Jadi ‘REN Melukis Listing’.

Closing awal memaksa you fokus kepada task yang menghasilkan income (IPA – Income Producing Activity).

3) Market Test: Teknik Anda Berkesan Atau Tidak

– Dalam tempoh 3 bulan pertama = fasa “validation”.

Kalau:

– Prospek ada.

– Viewing banyak.

– Offer masuk tapi tak ada closing, itu tanda skill perlu dibaiki (closing technique, objection handling, follow-up).

Kalau langsung tak ada movement, itu tanda strategi marketing salah.

4) Leader & Team Akan Nampak Anda Serius

REN yang closing awal:

– Lebih mudah dapat support.

– Leader lebih yakin nak bagi listing padu.

– Team pun lebih senang nak backup.

REN yang dah join dalam tempoh 3-6 bulan tapi tak ada closing biasanya dilihat “ada tanda-tanda ke arah zaman gelap dalam dunia REN”.

5) Industri Hartanah High Dropout (90 hari penentu).

Apa yang saya nampak 80% REN yang survive dalam tempoh 3 bulan dengan 1 closing akan kekal lama.

Sebaliknya yang tak ada closing dalam tempoh 3 bulan biasanya akan undur secara hormat sebelum habis 6 bulan.

6) Closing Awal akan “Branding Awal”.

Bila ada closing:

1) Boleh tunjuk success story.

2) Boleh buat testimoni.

3) Boleh build trust di media sosial.

Trust akan lebih banyak dapat lead.

Kesimpulannya:

Jika anda ingin sukses dalam kerjaya REN mestilah ada closing deal dalam tempoh 3 bulan pertama. Tak kira jual atau sewa.

Closing awal bukan untuk kayakan diri, tapi untuk buktikan anda “layak stay” dalam industri ini.

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top