1. Networking Adalah Pelaburan Masa, Bukan Aktiviti Sosial
Ramai silap anggap networking macam jumpa orang, tambah kenalan dan sembang tentang pasaran semasa. Itu bukan networking yang menghasilkan duit. Itu cuma “socializing”.
Sebagai REN, setiap jam korang sangat bernilai. Kalau korang spend 2 jam dengan orang yang tak pernah close deal, tiada apa-apa nilai yang korang dapat. Tapi kalau korang spend masa 2 jam dengan banker yang boleh uruskan loan sehingga lulus atau pun jumpa dengan peguam yang sanggup bantu uruskan sehingga selesai kes yang rumit. Networking bukan tentang “ramai”, tapi tentang return per connection.
2. Siapa Kau Berkawan Itulah Level Market Korang
Dalam hartanah, market korang ikut circle korang. Kalau korang selalu ada buyer gaji RM3000 – RM5000 untuk rumah bawah RM300,000 otak korang akan set ini market korang. Dengan ini tanpa sedar korang akan jumpa high end client dan takut handle deal besar. Sebaliknya kalau korang masuk circle investor beli 3 – 5 unit serentak dan pemilik hartanah RM1 juta ke atas secara tak langsung otak korang akan ngam dan mengatakan “ini normal dan ini level aku”. Inilah yang dipanggil enviroment conditioning.
3. Elak ‘Circle Mati’ (No Deal Environment)
Ada circle yang nampak aktif banyak group whatsApp macam-macam tajuk, banyak share listing dan banyak sembang pasal pasaran hartanah tapi tak ada closing. Circle macam ni sebenarnya “false sense of progress’, rasa busy tapi sebenarnya tiada apa-apa. Ini bahaya sebab korang nampak sibuk dan banyak kerja padahal korang tengah stuck.
4. Tidak Semua Connection Ada Nilai Komersial
Ini pahit tapi real. Dalam networking ada orang tu korang kenal dan sembang-sembang gitu je langsung tak contribute kepada deal. Korang sepatutnya lepak atau berrnetworking dengan orang yang ada listing, orang yang selalu ada potential buyer dan boleh buat closing deal yang pantas serta banyak.
5. Speed Dalam Deal Datang Dari Network Betul
Dalam hartanah siapa cepat dia dapat. Korang kena bernetworking dengan banker yang cepat proses loan, peguam cepat buat draf Perjanjian Jual Beli (SPA) dan REN yang cepat dapatkan pembeli. Deal boleh close dalam masa singkat.
Sebaliknya jika network lemah korang akan dapat mereka yang lambat respon, banyak delay kes dan lebih teruk deal boleh mati tengah jalan. Deal boleh close dalam masa singkat. Network bukan sekadar bantu korang tapi menentukan kelajuan duit masuk dalam poket.
6. Network Bentuk Cara Fikir Dan Standard Korang
Manusia ikut environment. Kalau korang selalu dengar market “market slow” dan “buyer susah dapat sekarang”. Lama-kelamaan benda tu dah sebati dalam kepala korang. Sebaliknya kalau korang dengar “aku baru close 3 deal minggu lepas” dan “client aku sauk lagi 2 unit”. Ayat sebegini akan membuatkan otak korang berfikir dan mengatakan “eh, market ok la ramai je orang jual dan beli”. Inilah “peer influence dalam sales environment”.
7. Peluang Besar Selalunya ‘Off-Market’
Deal terbaik jarang dicanangkan di khalayak ramai. Contohnya owner nak jual cepat dia akan bagi pada REN yang dia trust. Investor nak lepaskan unit dia akan kongsi dalam circle tertentu sahaja. kalau korang tak ada dalam circle tu korang takkan tahu pun deal tu wujud. Inilah bezanya REN biasa yang hanya tunggu listing disuap dan REN power dapat deal sebelum orang lain tahu.
8. Trust Adalah Mata Wang Dalam Networking
Dalam hartanah, trust lebih penting dari skill kadang-kadang. Kalau korang kenal orang yang boleh dipercayai, jujur dan senang untuk bekerjasama deal secara tak langsung akan jadi lancar. Tapi sebaliknya jika tersalah network korang akan hadapi banyak salah faham, lambat respon dan faduh pasal listing serta komisen. Ini semua boleh bunuh deal walaupun penjual dan pembeli dah setuju.
Kesimpulannya
Networking tanpa memilih semua sauk membuatkan korang akan penat. Tetapi jika networking dibina dengan strategi korang akan dapat menjana duit dengan cara yang betul dan berbaloi.
Kamaruzaman Omar




