Jual Hartanah

Cabaran Utama Proses Jual Beli Hartanah
Proses penjualan rumah terutama dalam keadaan pasaran sekarang adalah tidak mudah. Anda memerlukan kemahiran dan jaringan yang luas untuk memastikan proses berjalan lancar dan tidak memberi masalah di kemudian hari..
Antara masalah yang dihadapi pemilik hartanah apabila memilih untuk tidak melantik Ejen Hartanah Berdaftar:
Tanpa penilaian hartanah profesional atau pengetahuan pasaran yang mendalam, pemilik rumah boleh mengenakan harga yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, yang boleh merugikan pemilik dalam jangka panjang.
Pemilik perlu mengambil tanggungjawab penuh dalam membuat iklan, menjalankan pemasaran dan hebahan dalam platform jualan hartanah atau di media sosial.
Menjadi pihak dalam perjanjian jual beli hartanah adalah tanggungjawab yang besar. Kesilapan dalam perjanjian atau perundingan boleh mengakibatkan masalah undang-undang atau kesilapan lain.
Rumah mungkin memerlukan penyelenggaraan dan semakan yang rapi sebelum dilawati bakal pembeli. Memastikan rumah sentiasa dalam keadaan terbaik boleh menjadi tugas yang mencabar.
Memahami bagaimana rundingan harga dan syarat dengan pembeli adalah kemahiran utama yang penting. Pemilik rumah perlu tahu bagaimana menjawab tawaran yang berbeza dan menangani sebarang perundingan.
Pemilik rumah perlu memastikan bahawa semua dokumen perundangan diperlukan dan prosedur undang-undang diikuti dengan betul. Ini termasuk pengesahan identiti pembeli, urusan pinjaman, dan pindah milik harta.
Izinkan Saya Bantu
Dengan 10 Tahun Pengalaman, Saya Bantu Anda Uruskan Kesemuanya.
Proses penjualan hartanah bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya melibatkan banyak pihak seperti Bank, Peguam, Jabatan Kerajaan, Penilai dan agensi lain yang berkaitan.
Saya akan bantu anda uruskan kesemuanya.

KEPAKARAN SAYA
Bagaimana saya boleh bantu anda jual hartanah dengan PANTAS, MUDAH & SELAMAT?
Proses penjualan hartanah bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya melibatkan banyak pihak seperti Bank, Peguam, Jabatan Kerajaan, Penilai dan agensi lain yang berkaitan. Saya akan bantu anda uruskan kesemuanya.
Kajian Harga Pasaran
Saya bantu anda semak harga pasaran kediaman anda dengan panel penilai yang terpilih daripada bank dan agensi untuk mendapat harga jualan yang terbaik
Fotografi & Video Hartanah
Gambar dan video yang menarik akan menarik pembeli untuk datang melihat sendiri hartanah anda. Saya bantu anda hasilkan foto dan video terbaik
Pemasaran & Pengiklanan
Pemasaran dan pengiklanan di medium online & offline dengan lebih daripada 1000 rangkaian bagi mempercepatkan proses penjualan
Pasukan Hartanah
Saya akan bersama sama pasukan seramai lebih dari 200 orang ejen yang komited untuk bersama sama memastikan hartanah anda terjual dengan pantas
Jaringan Bank, Penilai & Peguam
Dengan jaringan dan hubungan yang luas, akan membantu melancarkan proses penjualan hartanah anda dengan pantas dan mudah
10 Tahun Pengalaman
Pengalaman menjadi Perunding Hartanah Sepenuh Masa selama 10 tahun, saya mempunyai track record yang terbaik dan telah memenangi pelbagai anugerah
Izinkan Saya Bantu Uruskan Hartanah Anda
Langkah 1
HUBUNGI saya melalui Whatsapp / Telegram untuk proses perbincangan tentang hartanah anda.
Langkah 2
Proses INSPECTION akan dijalankan di hartanah anda bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas
Langkah 3
Proses PENGIKLANAN akan dijalankan di medium pengiklanan hartanah dan medium terpilih
Langkah 4
Proses RUNDINGAN di antara pembeli dan penjual bagi mendapatkan keputusan yang terbaik