Kamaruzaman Omar

Blog

Nak Beli Hartanah: Apa Pertimbangan Perlu Dibuat?

Anda ingin membeli dan berhajat memiliki hartanah kediaman sendiri pada asasnya adalah sangat bagus. Ye la. sampai bila duduk dengan menyewa kan? lebih baik beli dari menyewa. Tetapi sebelum membuat keputusan untuk membelinya anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor dalaman dan luaran supaya proses pembelian dan pemilikan berjalan lancar sehingga anda mendiaminya. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah:

Kelayakan Pinjaman Dan Keupayaan Membayar Ansuran Bulanan

Ini adalah faktor asas pemilikan hartanah. Anda mestilah layak untuk membuat pinjaman hartanah pada harga yang ditawarkan. Anda mungkin layak untuk pinjaman hartanah berharga RM350,000 tetapi tidak layak untuk hartanah berharga RM400,000. Macam mana nak kira kelayakan pinjaman? Anda boleh rujuk REN ataupun pihak bank. Begitu juga dengan keupayaan membayar ansuran bulanan. Anda layak membuat pinjaman tetapi belum tentu anda berupaya membayar ansuran bulanan. Apapun perlu membuat pertimbangan sebaiknya supaya anda dapat hidup selesa dan aman tanpa pening kepala pasal bayaran ansuran bulanan hartanah yang dibeli.

Lokasi

Faktor lokasi hartanah yang ingin dibeli sangatlah perlu diambil kira. Jauh dekat lokasi hartanah itu adalah abstrak. Kena nilai jaraknya berdasarkan tempat anda kerja dan pasangan. Hartanah di Kuala Kubu Bharu dan tempat kerja di Rawang adalah tak berapa jauh. Tetapi jika anda kerja di Putrajaya lokasi hartanah di Kuala Kubu Bharu adalah agak jauh. Dari perumpamaan ini anda faham kan? Lagi satu nasihat saya berkaitan lokasi hartanah yang ingin dibeli. Seeloknya anda utamakan jarak hartanah yang ingin dibeli dengan tempat kerja isteri. Anda pon tahu kan? Lepas balik dari kerja isteri tak boleh rehat minum kopi sambil tengok telefon sehingga lewat petang. Selepas habis tugas di pejabat, mereka kena teruskan kerja di rumah sehingga malam. Sebab itu seeloknya tentang lokasi ini utamakan pihak isteri terlebih dahulu kecuali si si isteri tidak bekerja dan sebagai suri rumah sepenuh masa.

Dekat Dengan Infrastruktur

Mahu tak mahu faktor infrastruktur jangan pandang sebelah mata. Ingat, anda beli hartanah secara tak langsung anda beli kemudahan sekitanya juga. Jika rumah sangat cantik macam istana tetapi kemudahan utama tidak ada. Sekolah, taska, klinik, hospital, pasar basah, surau, akses lebuhraya dan seumpamanya agak jauh dari lokasi hartanah yang ingin dibeli. Fikir banyak kali dan minta pandangan mereka yang sepatutnya ditanya. Jika anda dah bayar deposit dan surat perjanjian pun dah ditandatangani, agak sukar untuk dibatalkan. Mungkin anda ada sedikit kerugian di situ.

Keselamatan

Utamakanlah hartanah yang ada kemudahan kemudahan Gated and Guarded (GAG). Tak kira hartanah jenis bertingkat atau kediaman atas tanah. Anda kena ambil kira faktor keselamatan anak dan isteri. Tak lupa juga keselamatan pengunjung yang berkunjung ke kediaman anda.

Pemaju

Faktor ini tidak boleh dipandang ringan. Elakkan terbeli dan terperangkap dengan pemaju sakit. Sehingga 31 Mac 2024, sebanyak 249 pemaju disenaraikan kerana tidak menyiapkan hartanah yang dibina. Apa nasib pembeli? Dokumen perjanjian jual beli sudah ditandatangani. Ansuran bulanan sudah dibayar ikut peratusan pembinaan. Kesian kan? Ansuran bulanan kena bayar sedangkan hartanah yang dibeli tak siap. Lagi teruk pada masa yang sama kena bayar rumah sewa setiap bulan.

Setelah beberap faktor diambil kira dan kajian teliti telah pun dibuat, teruskan hasrat anda. Berurusanlah dengan mereka yang ada trek rekod yang baik dalam pasaran hartanah tempatan. Kini anda boleh teliti hanya dengan petik hujung jari di internet sahaja. Di sana anda tahu siapa yang anda berurusan. Tak perlu terburu-buru membuat keputusan. Selain itu tanyalah mereka yang ada pengalaman dalam bidang hartanah. Buat kerja susah awal tidak mengapa dari susah kemudian.

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top