Kamaruzaman Omar

Blog

PASARAN HARTANAH SEMASA: CEPAT BERTINDAK

PASARAN HARTANAH SEMASA: CEPAT BERTINDAK

Akhir-akhir ini bukan sahaja lambakan hartanah undercon dari pemaju, pasaran hartanah subsale pun tak kurang hebatnya.

Kami REN terpaksa berdepan dengan pemilik-pemilik yang nak jual hartanahnya dengan segera. Memang kami perlukan listing tersebut untuk dijualkan. Tetapi kami juga risau tak terjual dalam masa yang singkat.

Hartanah subsale yang nak dilelong pun banyak. Ada REN yang dalam proses jualkan dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli, tiba-tiba pemilik bagitahu dah keluar notis lelong.

Ada hartanah yang dibeli dari pemaju dengan harga RM250 ribu dan ambil kunci pada awal tahun 2019 dilelong pada harga RM216 ribu sahaja. Ada teres yang yang baru berusia 6 tahun dibeli pada harga RM435 ribu sekarang hanya dilelong pada harga RM325 ribu sahaja.

Ambo ditanya bila pasaran hartanah akan pulih? Ambo kata tak pasti sebab ia berkait dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kenaikan harga barang dan kemelut politik yang belum ada kesudahannya.

Cuma nasihat saya jika dirasakan ada masalah pembayaran dan seumpamanya cepat-cepat cari jalan keluar. Tambahan pula moratorium pun dah tamat. Jangan sampai dah checkmate baru nak bertindak.

Kamaruzaman Omar

Protasa Properties Sdn Bhd

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top