Kamaruzaman Omar

Blog

PASARAN HARTANAH: TAWARAN vs PERMINTAAN

PASARAN HARTANAH: TAWARAN vs PERMINTAAN

Ada segelintir pemilik yang melantik REN untuk jualkan hartanahnya dengan segera kerana sebab-sebab tertentu.

1) Ada yang dah beberapa bulan dah tak bayar hutang bank, ada yang nak balik kampung secepat mungkin dan ada yang nak guna duit atas sebab-sebab kesihatan.

2) Apabila ditanya oleh REN berapa harga yang nak dijual? Katanya ikut harga pasaran yang paling tinggi. Bagi mereka dengan melantik REN untuk jualkan hartanahnya mesti jualkan harga yang paling tinggi.

3) Bagi REN pula, nak letak harga berapa pun tak kisah tapi ada ke orang yang sudi membelinya?

4) Kalau kita nak beli ikan kembung 1 kilo pun dipilih macam nak rak, inikan pula orang nak beli rumah kita berharga puluhan ribu hingga jutaan ringgit. Mereka juga berhak memilih rumah idamannya.

5) Bagi saya tak salah nak letak harga berapa pun. Tapi kenalah semak harga pasaran dengan penilai yang sah atau mereka yang sepatutnya, risik dengan REN tentang permintaan hartanah semasa, permintaan lokasi rumah yang ingin dijual dan sesuaikan permintaan hartanah dengan keadaan ekonomi semasa.

6) Jika kita berkeras ingin jualkan dengan harga yang paling tinggi boleh je. Tapi jika tak terjual dalam tempoh singkat jangan salahkan REN semata-mata.

7) Yang agak letih nak melayan ialah nak jual harga paling tinggi tapi pada masa yang sama keadaan dah dalam kecemasan. Dalam beberapa bulan lagi jika belum terjual rumahnya akan dilelong.

Kesimpulannya:

1) Jual harga tinggi boleh je tapi mesti ikut nilai pasaran (MV) dan pemilik tidak dalam keadaan terdesak.

2) Masa pemilik melantik REN untuk jualkan rumahnya, berterus-teranglah situasi yang dihadapi supaya senang nak buat pelan A, pelan B dan pelan C.

3) Untuk meletakkan harga rumah yang ingin dijual mestilah sesuai dengan permintaan dan ekonomi semasa. Tambahan pula syarat pinjaman bank sekarang yang agak ketat.

Kamaruzaman Omar

Protasa Properties Sdn Bhd

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top