PELABURAN DI DESA DAN DI KOTA
Pelaburan hartanah di Kelantan contohnya jika beli secara tunai tiada masalah. Jika melalui pinjaman agak tak berapa sesuai sama ada unit komersial mahupun kediaman.
.
Jika beli secara tunai, walaupun kutipan sewa rendah pemilik tiada tekanan kerana tidak perlu membayar ansuran bulanan.
.
Berbeza dengan pelaburan hartanah di Lembah Kelang. Masih boleh dilaburkan sama ada secara tunai atau melalui pinjaman.
.
Jika kena caranya jumlah kutipan bukan sahaja boleh buat bayaran bulanannya, bahkan ada lebihan yang kita boleh cover kos untuk pelaburan lain juga.
.
Walaupun potensi pelaburan hartanah di Kelantan tak sehebat di Lembah Kelang, saya masih positif. Apapun bergantung kepada pemain pelabur itu sendiri.