Beli hartanah mesti untung dan memang buat duit?
Ya secara umumnya itulah yang masyarakat di luar sana fikirkan.
1) Asal beli hartanah mesti untung. Awas. Kena tengok juga saudaraku hartanah tadi dibeli pada harga “future price”, harga hanya ikut harga semasa atau bawah harga pasaran?
2) Asal ada banyak hartanah mesti kaya dan banyak duit. Kena tengok juga walaupun ada hartanah berpuluh buah tapi kalau jual semuanya hanya cun-cun lepas tolak hutang bank je apa yang kayanya? Lebih teruk siap kena top up lagi.
Lebih baik miliki hartanah yang tak berapa banyak tetapi ianya bebas dari sebarang pinjaman atau jika masih ada pinjaman sekalipun jika ianya dijual masih ada lebihan tunai untuk buat beli pampers atau susu anak. He he…
Ingat saudaraku janganlah terpedaya dengan janji para penjual atau promoter katanya:
1) Jika ikut pada slip gaji ini, encik sangat layak buat pinjaman untuk rumah ini. Beli 2 buah sekaligus pun masih layak.
2) Dengan dengan deposit serendah RM499, encik boleh miliki rumah ini. Selebihnya biar pemaju yang bayarkan. Ingat saudaraku, diaorang dah kira untung rugi A-Z dan segala kos peguam, MOT dan sebagainya sebenarnya pembeli yang tanggung secara bayaran bulanan kepada pihak bank.
3) Encik sign je kat sini selebihnya pihak bank dan pihak peguam akan hubungi nanti. Kan senang…
Nasihat saya, jika sudaraku nak beli hartanah siasatlah secara telus nilai pasaran semasa dengan mereka yang selayaknya. Jika ditanya dengan penjual semua hartanah yang dia jual paling murah di pasaran dan paling berbaloi.
Jika dah terbeli tanggunglah 35 tahun. Walaupun ada penyewa tapi masih kena top up setiap bulan. Nak jual tapi kena top up la pula. Pedih dan sedih.
Jangan gopoh dan gelabah, di luar sana masih banyak hartanah bawah harga pasaran. Berkawanlah dengan ahlinya. Pasti ada peluang indah di sana.
Bagi saya sendiri dalam memiliki hartanah sehingga kini masih berprinsip ” untung masa beli dan bukannya untung masa jual”