Kamaruzaman Omar

Blog

REN: KENALI DAN FAHAMI FUNGSINYA

REN (Real Estate Negotiator) sebagai penasihat dan pemudahcara bagi pihak penjual serta pihak pembeli. Mereka sangat perlukan nasihat daripada individu yang lebih berpengetahuan darinya. Mereka juga perlukan seseorang yang dipercayai untuk berurusan.

saya faham setiap REN dahagakan jualan berterusan dan semaksimum mungkin. Apa pun kita sebagai penasihat mestilah beri nasihat yang betul dan tidak aniaya kedua belah pihak.

Pembelajaran dan latihan berterusan amat penting untuk REN praktiskan kerja yang betul dan bertahan lama dalam bidang ini.

Sekiranya seseorang REN itu dipercayai dan ada rekod kerja yang baik sudah tentu namanya akan berlegar di bibir mereka yang pernah berurusan dengannya. Begitu juga jika rekod tak baik dicipta namanya akan menjadi sumpahan harian.

Nasihat saya jika nak hidup lama dalam kolam REN praktislah apa yang anda belajar masa kursus NCC dulu dan apa yang selalu diajar oleh ejensi masing-masing. Ingat tau market hartanah di Malaysia tak besar. Pusing-pusing mesti tahu punya.

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top