Kamaruzaman Omar

Blog

Bolehkah Peguam Caj Kepada Klien Sesuka Hati?

Tidak, peguam tidak boleh caj klien sesuka hati.
Terdapat garis panduan dan undang-undang yang mengawal kadar bayaran guaman, terutama dalam urusan hartanah.

Garis Panduan Yuran Guaman di Malaysia

Yuran guaman ditetapkan mengikut:
➡️ Solicitors’ Remuneration Order (SRO) yang diwartakan di bawah Legal Profession Act 1976.
Ia mengawal kadar caj untuk:

  • Perjanjian Jual Beli (S&P)
  • Pinjaman bank
  • Memorandum of Transfer (MOT)
  • Dokumen berkaitan hartanah

Contoh Kadar Yuran Guaman Bagi Perjanjian Jual Beli (S&P):

(Berdasarkan SRO terkini)

Nilai HartanahKadar Yuran Guaman
RM500,000 pertama1.25% (minimum RM500)
RM500,001 hingga RM7,000,0001%
Melebihi RM7,500,000Boleh dirunding, tetapi tidak boleh melebihi 1%
Sila ambil perhatian bahawa yuran guaman ini adalah mengikut SRO 2023 dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. 

Nota: Tertakluk kepada minimum RM500 dan boleh diberi diskaun maksimum 25%.

Apa Maksudnya “Tak Boleh Caj Sesuka Hati”?

  1. Ada had dan kadar tetap.
    Peguam tidak boleh tetapkan yuran lebih tinggi daripada kadar maksimum dalam SRO.
  2. Perlu beri surat tawaran yuran (Letter of Engagement).
    Semua kos mesti dimaklumkan kepada klien secara bertulis sebelum kerja dimulakan.
  3. Kena jelas dengan pecahan kos.
    Cth: Yuran guaman, duti setem, kos pendaftaran, fee disbursement (fotostat, transport, dsb).

Jika Klien Rasa Dicaj Terlalu Tinggi?

  • Boleh laporkan kepada Majlis Peguam (Bar Council).
  • Atau boleh rujuk Unit Taksiran Yuran di Mahkamah Tinggi untuk semak kesahihan yuran.

Kesimpulan:

“Peguam ada hak untuk mengenakan caj, tetapi mesti ikut peraturan. Klien pula ada hak untuk tahu dan pertikai jika rasa tidak wajar.”

Anda nak beli rumah atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakbelirumah

Kamaruzaman Omar

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top