Kamaruzaman Omar

Blog

PELABURAN HARTANAH: KENAPA ANDA SELALU TERLEPAS PELUANG KEEMASAN?

Ramai orang nak mula melabur, tapi bila peluang depan mata terus ragu-ragu, takut dan akhirnya terlepas.
Persoalannya, kenapa ini selalu berlaku?

1. Terlalu Banyak Menilai, Kurang Bertindak

Ramai sibuk buat research sampai lupa nak execute.
Kajian itu bagus, tapi kalau terlalu lama peluang akan disambar orang lain.

“Perfect deal doesn’t exist, tapi good deal cepat habis.”

2. Fokus Pada Harga, Bukan Nilai

Ramai tengok harga semata-mata, bukan potential.
Harga murah belum tentu berbaloi, harga tinggi pula kadang penuh potensi kenaikan nilai (capital appreciation).

Pelabur bijak beli value, bukan semata-mata murah.

3. Tak Bersedia Dari Segi Kewangan

Ramai “nak beli kalau ada peluang”, tapi:

  • Tak ada pre-approval loan
  • Tak simpan deposit
  • Tak jaga credit score

Bila peluang datang bank reject.

Dalam pelaburan, “siapa ready, dia menang.”

4. Kurang Ilmu & Panduan

Tanpa ilmu, semua nampak risiko.
Dengan ilmu, risiko jadi peluang.
Ramai gagal sebab belajar melalui kesilapan sendiri, bukan daripada mereka yang sudah proven.

Ilmu pelaburan hartanah bukan pilihan ia keperluan.

5. Menunggu Masa Sesuai

Ramai tunggu “harga rumah jatuh”, “ekonomi stabil”, atau “lepas kahwin baru beli”.
Hakikatnya, tiada masa yang betul-betul sempurna.

Masa terbaik beli hartanah ialah semalam. Masa kedua terbaik ialah hari ini.

Kesimpulan

Peluang hartanah tak datang selalu. Kadang hanya muncul sekali dan hilang bila kita tak bersedia.
Nak berjaya dalam pelaburan, bukan tunggu masa sesuai, tapi bersedia bila masa itu tiba.

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top