Dalam industri hartanah, bertukar ejensi bukan satu dosa dan bukan satu kegagalan.
Namun persoalannya ialah berapa kerap dan atas sebab apa.
Jika pertukaran berlaku terlalu kerap tanpa hala tuju yang jelas, implikasinya bukan sekadar pada kerjaya, tetapi juga pada rezeki, kredibiliti dan masa depan jangka panjang sebagai REN.
1. IMEJ PROFESIONAL JADI TIDAK STABIL
REN yang kerap lompat ejensi akan dilihat sebagai:
- Tidak tahan tekanan.
- Mudah kecewa.
- Tiada pendirian jangka panjang.
- Ada masalah peribadi atau pun konflik jiwa.
Walaupun hakikatnya tidak begitu, persepsi industri lebih kuat daripada penjelasan peribadi. Pihak pengurusan akan lebih berhati-hati untuk meluangkan masa dan tenaga kepada REN sebegini.
2. SUSAH MEMBINA KEPERCAYAAN KLIEN
Klien bukan sekadar membeli rumah, mereka membeli keyakinan.
Bayangkan:
- Setiap 6–12 bulan tukar ejensi.
- Nombor telefon, kad nama, akaun iklan berubah.
- Klien lama keliru untuk hubungi.
Akhirnya:
Klien rasa REN ini sementara, bukan jangka panjang.
3. MOMENTUM JUALAN SERING TERPUTUS
Setiap ejensi ada:
- SOP berbeza.
- Sistem iklan berbeza.
- Budaya kerja dan circle berbeza.
Setiap kali bertukar:
- Momentum jatuh ke sifar.
- Fokus habis pada adaptasi, bukan closing.
- Masa emas terbuang tanpa disedari.
4. ILMU TAK PERNAH MATANG
Masalah biasa REN yang kerap bertukar ejensi:
- Tahu sedikit tentang banyak perkara.
- Tapi tidak mahir dengan mendalam tentang kerjayanya.
Ilmu hartanah perlukan masa, kes, kesilapan dan proses.
Tanpa cukup tempoh, REN akan sentiasa berada di fasa “belajar semula”.
5. DATABASE & JENAMA PERIBADI ROSAK
REN yang berjaya biasanya ada:
- Database kukuh.
- Branding konsisten.
- Positioning jelas.
Terlalu kerap bertukar ejensi menyebabkan:
- Database tidak dijaga.
- Branding bercampur-aduk.
- Klien keliru: “Dia ni ejen ejensi mana sebenarnya?”.
6. RISIKO ISU KOMISEN & DOKUMEN
Pertukaran tergesa-gesa sering membawa kepada:
- Komisen tertangguh.
- Dispute listing.
- Salah faham hak pelanggan.
Kes ini jarang berlaku jika REN:
- Sabar untuk berpindah.
- Tutup fail dengan kemas sebelum berpindah.
- Hormat proses yang perlu dilalui.
7. MASALAH SEBENAR SELALU BUKAN EJENSI
Hakikat pahit yang jarang dibincangkan:
Masalah sebenar selalunya bukan ejensi,
tetapi disiplin, konsistensi dan sikap REN sendiri.
Tukar ejensi tidak akan menyelesaikan:
- Malas follow-up.
- Tak konsisten iklan.
- Tak mahu belajar mendalam.
- Cepat menyalahkan sistem.
BILA TUKAR EJENSI ITU WAJAR?
Pertukaran adalah bernilai jika:
- Tiada latihan langsung.
- Tiada sistem sokongan.
- Nilai tidak selari.
- Tiada peluang berkembang walaupun sudah ada usaha.
Dan yang penting:
Tukar kerana strategi, bukan emosi.
PENUTUP
Dalam hartanah:
- Konsistensi membina nama.
- Kesabaran membina kekuatan.
- Kesetiaan membina kepercayaan.
Bina kerjaya, bukan sekadar pindah tempat.
Kamaruzaman Omar




