Kamaruzaman Omar

Blog

SELEPAS TUKAR EJENSI HARTANAH, REN JADI SENDU — APA SEBABNYA?

Ramai REN menyangka tukar ejensi ialah butang reset untuk naikkan semula prestasi.
Hakikatnya, ramai yang makin senyap, makin hilang jualan, dan akhirnya hilang arah selepas bertukar ejensi.

Kenapa ini sering berlaku?

Terlalu Fokus Adapt, Terlupa Cari Jualan

Bila tukar ejensi, REN sibuk:

  • Faham SOP baru.
  • Tukar sistem, akaun, iklan.
  • Kenal orang baru.

Tanpa sedar, prospecting berhenti. Sedangkan dunia penjualan hartanah siapa berhenti cari klien, dia akan sunyi.

Jangkaan Terlalu Tinggi, Realiti Biasa-Biasa

Ada REN masuk ejensi baru dengan harapan:

“Masuk sini mesti terus meletup.”

Bila hasil tak datang cepat:

  • Semangat jatuh.
  • Mula banding dengan ejensi lama.
  • Rasa tersalah langkah.

Sedangkan tiada ejensi boleh ganti usaha harian. Sendiri buat sendiri dapat.

Hilang Circle Lama, Circle Baru Belum Terbina

Di ejensi lama:

  • Ada rakan rujukan.
  • Ada leader kenal rentak kita.

Di ejensi baru:

  • Semua bermula dari kosong

Bila network terputus, circle serta deal pun terputus.

Tukar Platform, Tapi Cara Kerja Sama

Ini punca paling kerap berlaku.
REN tukar ejensi, tetapi:

  • Posting tetap tak konsisten.
  • Follow-up masih lambat.
  • Disiplin masih longgar.

Masalah sebenar bukan ejensi, tetapi tabiat kerja yang dibawa bersama.

Jiwa Masih Di Tempat Lama

Ada REN secara fizikal sudah berpindah,
tetapi emosi masih:

  • Terasa bersalah.
  • Terasa kecewa.
  • Terlalu memikirkan apa orang lama kata.

Akhirnya fokus rabak dan prestasi pun jatuh.

Kesimpulannya,

Tukar ejensi tidak menjamin naik,
tetapi cara kita bekerja selepas tukar ejensi itulah penentu.

Ejensi hanyalah platform.
Momentum mesti dibina semula dengan:

  • Disiplin baru.
  • Circle baru.
  • Tindakan harian yang konsisten.

Jika tidak, tukar ejensi hanya jadi perpindahan alamat,
bukan perpindahan tahap.

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top