Kamaruzaman Omar

Blog

REN: MANA PALING BAGUS JADI LISTER, CLOSER ATAU KEDUANYA?

Persoalan ini sebenarnya tak ada satu jawapan “paling bagus” untuk semua orang. Tapi ada strategi yang lebih power bergantung pada fasa dan kematangan sebagai REN.

Apa anda buat: Cari owner, dapat lantikan, ambil gambar rumah sama ada untuk dijual ataupun untuk disewa.

Lister (Ambil Listing)

Kelebihan:

  • Ada “stok” sendiri dan lebih kepada control market.
  • Orang lain buat kerja jual pun kita tetap ada bahagian.
  • Sesuai untuk bina nama jangka panjang.

Kekurangan:

  • Lambat nampak duit (kena tunggu buyer).
  • Perlu padu networking + marketing.

Senang citer lister ni ibarat “supplier” dalam bisnes. Kalau listing anda banyak dan berkualiti, anda dah pegang game.

Closer (Cari Buyer & Close Deal)

Apa anda buat: Cari buyer, negotiate, closing

Kelebihan:

  • Duit boleh masuk lebih cepat.
  • Kurang pening cari dan uruskan karenah owner.
  • Sesuai kalau anda ada kebolehan PR dan handle objection.

Kekurangan:

  • Bergantung pada listing orang lain.
  • Komisyen kena kongsi dengan coa partner.
  • Kalau listing tak cukup, anda pun kering.

Closer ni ibarat macam “salesman” cepat generate income, tapi tak control supply.

Buat Kedua-duanya (Lister + Closer)

Ini sebenarnya paling kuat.

Kenapa?

  • Anda ada listing sendiri dan boleh jual sendiri.
  • Tak bergantung pada orang lain.
  • Komisyen tak perlu kongsi dengan rakan coa.

Tapi…

  • Penat gila kalau tak pandai uruskan masa.
  • Kena ada sistem (marketing, follow up, database).

Cadangan saya secara peribadi:

Baru start (0–6 bulan):
Fokus closer dulu supaya:
– cepat rasa duit untuk survive.
– belajar handle client.

Dah ada pengalaman (6–12 bulan):
Start jadi lister dan boleh:
– Bina pipeline sendiri.

Dah steady:
Jadi kedua-duanya + build team
– Ini level income besar.

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top