Lanjutan posting saya berkaitan kerja REN seumpama seorang nelayan pada minggu lepas, hari ini saya buatkan lagi posting lanjutan dengan analogi yang lebih kurang sama.
Ini kerana pada anggapan saya analogi kerja di antara dua profesion ini seakan-akan sama. Jom kita sama-sama selaminya:
1. Mula dengan rancang, buat persiapan.
REN cari kawasan, dapatkan listing.
Nelayan pilih lokasi laut, sediakan bot, pukat, pancing dan umpan.
“Kalau tak cari listing, macam nelayan turun ke laut tanpa buat kerja untuk dapatkan ikan.”
2. Iklankan rumah, pasang umpan
REN siapkan iklan, tulis copywriting, ambil gambar.
Nelayan letak jaring atau pancing, guna umpan terbaik.
“Kalau iklan tak menarik, umpama umpan tak fresh, ikan lalu pun buat tak tahu je.”
3. Tunggu pembeli, tunggu ikan masuk jaring atau makan mata pancing.
REN tunggu leads masuk, filter yang betul-betul berminat
Nelayan tunggu ikan masuk jaring atau makan mata pancing, tak semua ikan sesuai. Ada yang kecil, ada yang belum cukup sesuai.
“Tak semua pembeli yang tanya akan jadi pembeli sebenar, sama macam tak semua ikan boleh dijual.”
4. Closing, tarik ikan ke darat
REN bawa pembeli tengok rumah, runding harga, bayar deposit.
Nelayan tarik jaring, asing ikan yang elok dan simpan dalam tong.
“Deposit tu umpama ikan dah masuk tong. Tapi belum sampai pasar lagi ”.
5. Mohon pinjaman, tandatangan SPA, jual ikan di pasar.
REN bantu mohon pinjaman, lulus bawa ke peguam dan tandatangan SPA.
Nelayan jual ikan di pasar, kira duit hasil tangkapan.
“SPA tandatangan barulah ‘rezeki’ betul masuk. Sebelum tu, pendapatan hanya atas kertas sahaja.”
6. Sabar & Konsisten
REN kena sabar, konsisten cari listing baru setiap minggu.
Nelayan tak boleh harap satu tangkapan saja, esok mesti turun lagi.
“Kalau hari ni tak dapat ikan, bukan bermakna laut dah kosong, mungkin jaring atau pancing kita kena betulkan apa yang patut.”
Kesimpulannya:
“Kerja REN atau jadi nelayan tak semudah yang disangka. Ilmu, alat, sabar dan strategi semua kena ada.
Kalau buat betul-betul, in sha Allah hasilnya amat berbaloi dan boleh kenyang lama”.
SEE YOU AT THE TOP
- KENAPA APARTMENT MELODI PERDANA PUNCAK ALAM SANGAT BERBALOI UNTUK DIBELI?
- PEMBUKAAN TOL ECO GRANDEUR DAN PEMBINAAN STESEN ECRL “BOOMKAN” PUNCAK ALAM
- Pembukaan Persimpangan Bertingkat & Plaza Tol Eco Grandeur: Lonjakan Baharu Pasaran Hartanah Puncak Alam
- LARANGAN-LARANGAN YANG REN KENA PATUHI DALAM KERJANYA SEBAGAI REN
- STESEN ECRL PUNCAK ALAM: KENAPA MASIH RAMAI YANG BELUM TAHU KEWUJUDANNYA?



