Sebagai Real Estate Negotiator (REN), setiap tindakan anda tertakluk kepada Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta 1981 (Akta 242) serta Etika Profesional LPEPH. Kegagalan mematuhi boleh menyebabkan lesen digantung atau ditarik balik.
Berikut larangan yang REN wajib ambil serius:
❌ 1️⃣ Tawar Perkhidmatan Tanpa Authorisation Letter (AL)
Tidak boleh buat pemasaran tanpa mandat bertulis daripada Tuan Rumah melalui firma berdaftar. Kegagalan dapatkan mandat memberi risiko dalam proses jualan dan tuntutan komisen di masa akan datang.
❌ 2️⃣ Ambil & Simpan Deposit Pelanggan Sendiri
Segala deposit WAJIB masuk ke akaun klien firma sebagai “stake holder”, bukan jje akaun peribadi.
❌ 3️⃣ Janji “Guaranteed Loan Approved”
Claim palsu atau jaminan pinjaman diluluskan dilarang sama sekali. Ini kerana REN harus ingat tugas mereka dapatkan pembeli yang sesuai dan layak dengan hartanah yang dijual sahaja. Kelulusan pinjaman peminjam hanya pihak bank sahaja yang berhak membuat keputusan.
❌ 5️⃣ Manipulasi Harga & Maklumat Hartanah
REN tidak boleh menyorokkan harga sebenar, markup tanpa kebenaran, atau memberi info palsu kepada klien.
❌ 6️⃣ Buat CoA Dengan Firma Tidak Berdaftar / REN Tidak Sah
Co-Agency hanya dibenarkan antara agensi berdaftar dan REN berstatus aktif di LPPEH sahaja.
❌ 7️⃣ Buat Iklan Tanpa Nama & Nombor REN
Semua iklan WAJIB ada:
- Nama penuh REN
- No. REN
- Nama firma agensi
❌ 8️⃣ Tekanan / Ugutan Pada Klien
Tiada hard selling yang keterlaluan jaga etika & integriti.
❌ 9️⃣ Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram
Pastikan dokumen dan aliran kewangan klien sah & telus.
❌ 🔟 Kongsi Komisen Dengan Individu Tidak Berdaftar
Komisen hanya dibayar kepada REN berdaftar sahaja bukannya kepada “broker haram”.
Kesimpulan
Integriti lebih penting daripada komisen.
Kepercayaan klien dan rakan coa ialah aset paling mahal buat seorang REN.Kamaruzaman Omar
“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”




