Tanggungjawab ejensi terhadap REN bukan sekadar bagi platform jual hartanah. Ia melibatkan pembangunan insan, motivasi dan sokongan berterusan supaya REN tak cepat “give up”.
Berikut adalah tanggungjawab utama sesebuah ejensi terhadap REN supaya mereka tidak lemah semangat dan boleh kekal lama dalam industri:
1. Latihan & Bimbingan Berterusan
- Bukan cukup hanya bagi kursus masa awal masuk. Ibarat lepas tanam anak pokok lepas tu dibiarkan begitu sahaja.
- Ejensi perlu sediakan:
- Latihan mingguan/bulanan (jualan, pemasaran, undang-undang, loan)
- Roleplay & simulasi untuk bina keyakinan
- Coaching 1-to-1 bila REN stuck atau hilang semangat
2. Sediakan Sistem Sokongan (Support System)
- Admin bantu semak dokumen, iklan, legal
- Template bahan marketing, copywriting, poster
- Panduan langkah demi langkah dari listing hingga close
💬 REN tak sepatutnya “bergelut” seorang diri dalam kerja lapangan.
3. Tunjuk Kepimpinan & Contoh
- Leader/team manager perlu turun padang, bukan hanya suruh buat. Walk the talk.
- Berkongsi pengalaman sebenar (struggle & kejayaan)
- Bila REN nampak leader bekerja keras dan jujur, mereka akan ikut
4. Bina Suasana Team Work & Positif
- REN lebih kuat bila mereka rasa “ada keluarga kedua”
- Sediakan:
- Sesi sharing mingguan
- Group WhatsApp/Telegram yang aktif dan menyokong
- Budaya bantu-membantu, bukan bersaing menjatuhkan
5. Beri Pengiktirafan & Galakan
- Hargai pencapaian kecil: 1st listing, 1st viewing, first closing
- Sediakan reward: Top REN, konsisten, semangat juang
- Ini bantu boost keyakinan & semangat untuk terus fight
6. Ambil Berat Emosi & Mental REN
- Ada REN yang alami tekanan:
- Tiada closing berbulan-bulan
- Kena reject berkali-kali
- Masalah keluarga atau kewangan
🎧 Ejensi atau leader perlu ada empati jadi pendengar, bukan hanya jadi tukang judge.
7. Tunjuk Jalan, Bukan Tekan Dengan Target
- Letakkan target yang realistik (achieveable).
- Guide langkah-langkah untuk capai target tu
- Jika gagal, bantu kenal pasti punca & bantu baiki
Ringkasan:
REN yang kuat datang dari ejensi yang beri tunjuk ajar, semangat, dan contoh kerja sebenar.
Jangan harap REN jadi “serigala” kalau mereka tidak dibekalkan dengan senjata dan makanan yang cukup.Anda nak jadi REN??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjadiren
Kamaruzaman Omar
- Apa Tanggungjawab Ejensi Terhadap REN Supaya Mereka Tak Lemah Semangat?
- Apakah Persediaan Seseorang Sebelum Jadi REN?
- Bolehkah Peguam Caj Kepada Klien Sesuka Hati?
- Boleh Ke REN Memaksa Pembeli Dan Penjual Menggunakan Khidmat Peguam Pilihannya?
- Antara Dasar-Dasar Kerajaan Yang Banyak Membantu Meningkatkan Pasaran Hartanah