BERFIKIRAN PENJUAL DAN PEMBELI
Proses jualan hartanah tak lah susah dan tak la senang. Ada yang jual dalam sebulan dah selesai. Ada pula jual 5 tahun baru selesai.
Faktor Jualan Mudah Dan Lancar
– Jualan ini lebih cepat kerana pihak peguam tidak perlu berhubung dengan pihak bank atau LPPSA yang penjua buat pinjaman.
2) Geran individu ada kat tangan
– Para pemilik geran individu kat tangan memang dikira ada lesen besar. Mereka nak jual tak perlu pening minta dokumen dari pihak peguam, pihak bank atau pemaju bagai.
3) Seorang pemilik sahaja
– Ini pun faktor utama juga. Hartanah itu dia yang punya. Tak perlu minta kebenaran pemilik lain. Apa-apa dokumen dia seorang sahaja yang tandatangan.
4) Kondisi baik
– kondisi atau keadaan hartanah seperti rumah, apartment dan seumpamanya mestilah dalam keadaan baik. Ini dikira gred A. Lepas beli pembeli tak perlu buat banyak kerja untuk baiki atau ubahsuai.
5) Harga yang munasabah
– Harga yang munasabah adalah faktor hartanah cepat terjual. Nak letak harga tak boleh sesuka hati. Kena tahu “Market Price” (harga pasaran) dan “Market Value” (market value). Macam mana nak tahu. Boleh google, tanya orang yang tahu pasal hartanah atau tanya REN.
6) Lokasi
– Faktor lokasi amat amat amat penting. Ada pembeli sanggup beli hartanah kecil dan harga agak tinggi sebab jarak ke tempat kerja amat dekat. Kalau dapat rumah yang sedikit lebih murah tetapi setiap hari ulang alik hampir 200 kilometer pun tak berapa bagus.
Faktor Jualan Makan Masa Dan Susah
1) Masih ada hutang
– Jika masih ada bebanan hutang dengan pihak bank, Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau mana-mana pinjaman proses jualan akan mengambil masa. Ini kerana pihak peguam kena berurusan dengan banyak pihak dan mungkin ada proses yang sangkut serta ambil masa.
2) Masih berkongsi geran
– Jika hartanah masih geran kongsi, lebih 10 tahun dan pemaju dah bankrap. Ini betul-betul menguji minda penjual, pembeli, peguam dan REN. Di sini semua pihak kena faham dan difahamkan. Salah cerita tunggu maki sajalah. Ini cerita dari pengalaman.
-Seeloknya untuk kes sebegini berurusan dengan REN yang mahir. Bukan apa salah cerita akan jadikan salah faham dan boleh gaduh. Segala maklumat dan proses kena jelas serta tepat.
3) Pemilik tunggal
– Ini pun best jugak. Pemilik tak perlu pening sebab dia seorang je yang tandatangan. Kalau tanya pendapat pasangan pun sekadar minta pendapat sahaja.
– Ada je kes hartanah tak berjaya dijual dah bertahun-tahun kerana ada antara pemilik yang tak setuju untuk dijualkan. Ada juga yang ingin dijual dengan harga tak munasabah dan ada jugak pemilik yang dah meninggal dunia manakala waris tak dapat dijejaki.
4) Kondisi hartanah
– Jika keadaan rumah, apartment, banglo dan seumpamanya dalam keadaan baik in sha Allah cepat terjual. Kena ingat pembeli pun ada cita rasa dan perasaan.
– Sebaliknya jika keadaan rumah rosak dan boleh dikategorikan rumah busuk tetapi harganya amat berbaloi in sha Allah cepat terjual. Tetapi tak semua orang mampu dan faham proses belian rumah sebegini. Kos pembelian sudah tentu berganda.
5) Harga
– Ini antara faktor paling penting terjual cepat atau lambat satu-satu hartanah. Bakal penjual kena faham faktor perletakan harga. Memang rumah itu miliknya nak letak berapa harga suka dia la. Tetapi harus diingat bakal pembeli pun ada hak. Suka dia la sebab duit dia.
– Sebelum letak harga kena tahu dan faham pasal “market value vs market price”. Walaupun rumah anda masih dalam nilai pasaran belum tentu senang terjual. Kebanyakan penjualan hartanah sekarang ikut harga pasaran dan sudah tentu bawah nilai pasaran. Tak faham? Boleh rujuk mereka yang selalu berurusan dalam bidang hartanah.
Kesimpulannya:
Sebagai Penjual:
2) Anda kena ingat pembeli pon ada hak juga. Cuba letakkan fikiran anda sebagai pembeli. Sudah tentu keadaan sudah berubah kan? Sebab itu kita tak boleh fikir kantung kita je.
Sebagai Pembeli:
1) Sebelum buat belian mana-mana hartanah ambo nasihatkan kaji dan fikir betul-betul. Tanya pendapat pasangan atau ibu bapa. Ini kerana anda bukan nak beli ikan kat pasar. Anda nak beli rumah yang tempoh pinjamannya boleh mencecah sehingga 35 tahun. Silap-silap dah pencen pun hutang belum habis dibayar.
2) Semua orang faham situasi pasaran hartanah tidak berapa baik. Tetapi ini bukanlah faktor kuat untuk anda tekan pemilik sehingga mereka makan tulang je. Nak minta kurang harga boleh je tapi agak-agakla. Penjual pon ada perasaan macam kita sebagai pembeli juga.
Akhirnya nasihat ambo tak kira anda sebagai penjual, pembeli ataupun REN. Janganlah fikir kantung sendiri je. Kalau anda penjual cuba bayangkan anda sebagai pembeli. Begitu juga jika anda sebagai pembeli atau pun REN. Kena la win win situation.
Jika anda dalam proses menjual atau membeli hartanah ambo doakan semoga selesai dengan jayanya.
“SALAM AIDIL ADHA DAN HATI-HATI MEMANDU”
Kamaruzaman Omar
Leave a Comment