Merancang masa depan memerlukan visi yang jelas, strategi yang tersusun, dan tindakan yang berterusan.
Bagi pendapat ambo berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk buat perancangan masa depan:
Kenal Pasti Matlamat Hidup
– Tanya diri sendiri. Apa yang anda mahu capai dalam tempoh 5, 10 atau 20 tahun akan datang?
– Tetapkan matlamat jangka pendek, sederhana, dan panjang. Kalau semua matlamat bercampur gaul dalam satu baldi penat sikit la.
Buat Perancangan Bertulis
– Senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat yang anda senaraikan. Tampal kat dinding rumah supaya kita nampak setiap hari dan tak alpa untuk mencapainya.
– Gunakan teknik SMART (Specific, Measurable, Achievable, Relevant, Time-bound).
Urus Kewangan dengan Bijak
– Mulakan tabungan dan pelaburan untuk masa depan. Ini memang ambo suka dan ini yang ambo amalkan sejak dulu hingga sekarang.
– Elakkan hutang yang tidak perlu dan kawal perbelanjaan. Bezakan antara keperluan dan kemampuan. Tak semua barang yang kita mampu beli kita perlu.
– Nak layan hobi katanya. Tak salah pun tapi biar berpada supaya tidak kemarau di tengah hujan kemudian nanti.
Tingkatkan Kemahiran Dan Ilmu
– Belajar perkara baru yang boleh membantu dalam kerjaya atau bisnes yang diceburi.
– Ikuti kursus, baca buku, dan dapatkan mentor. Maklumat dan ilmu di hujung jari. Tapi bagi ambo berlaga lutut dengan mentor lagi “jeliro” kata orang kampung ambo.
Rancang Hubungan Dan Jaringan Sosial
– Jalin hubungan dengan orang yang boleh memberi inspirasi dan membantu perkembangan diri. Ini pon ambo sangat suka dan praktis sehingga sekarang.
– Hindari pengaruh negatif yang boleh merosakkan hala tuju dalam hidup. Jauhi orang atau suasana negatif. Silap-silap faedah tak dapat tetapi dosa yang dapat.
Jaga Kesihatan Fizikal Dan Mental
– Amalkan gaya hidup sihat, bersenam, dan makan dengan seimbang. Elakkan asyik makan kari setiap hari. Ini contoh je tau.
– Luangkan masa untuk rehat dan mengurus tekanan dalam kerja mahupun bisnes.
– Duit banyak pon tak guna jika badan dah kena penyakit macam-macam kan. Setuju tak?
Sentiasa Fleksibel Dan Bersedia Untuk Berubah
– Dunia sentiasa dan pantas berubah, kita perlu bersedia untuk menyesuaikan diri. Lambat kena tinggal boh.
– Jika sesuatu projek atau bisnes tidak berjalan seperti yang dirancang, muhasabah, tukar strategi dan terus pecut tanpa berputus asa. Ambo sendiri pon pernah alami kegagalan dalam bisnes.
Apa yang paling penting, konsisten dan disiplin dalam apa jua usaha yang dilakukan. Perancangan tanpa apa-apa tindakan tidak akan membawa sebarang hasil. “Bual kosong dokrok boh”. Berminat nak jadi REN? Klik link https://ejenhartanahselangor.com/sertai-kami/
Kamaruzaman Omar
- KENAPA APARTMENT MELODI PERDANA PUNCAK ALAM SANGAT BERBALOI UNTUK DIBELI?
- PEMBUKAAN TOL ECO GRANDEUR DAN PEMBINAAN STESEN ECRL “BOOMKAN” PUNCAK ALAM
- Pembukaan Persimpangan Bertingkat & Plaza Tol Eco Grandeur: Lonjakan Baharu Pasaran Hartanah Puncak Alam
- LARANGAN-LARANGAN YANG REN KENA PATUHI DALAM KERJANYA SEBAGAI REN
- STESEN ECRL PUNCAK ALAM: KENAPA MASIH RAMAI YANG BELUM TAHU KEWUJUDANNYA?
.



