1. Elak Salah Faham Dan Tekanan Emosi
Ramai klien (terutama pembeli pertama) tak tahu proses sebenar ambil masa panjang 3 hingga 6 bulan.
Kalau REN tak terangkan lebih awal, mereka akan cepat risau atau salah sangka REN tak buat kerja.
➡️ Penerangan awal bantu klien faham apa yang berlaku di setiap fasa.
2. Tingkatkan Keyakinan Terhadap REN
Apabila REN dapat jelaskan langkah demi langkah daripada booking, memohon pinjaman, bank valuation, tandatangan SPA, hingga ke serahan kunci klien nampak kita tahu dan urus dengan sistematik.
➡️ REN yang jelas dan tersusun lebih mudah dipercayai.
3. Bantu Klien Rancang Kewangan Dengan Baik
Dengan penerangan timeline yang jelas, klien boleh rancang tentang deposit, pinjaman, dan bayaran lawyer tepat pada masanya.
➡️ Tiada kejutan kewangan = klien lebih tenang.
4. Kurangkan Risiko Transaksi Tertunda
Bila semua pihak tahu tempoh sebenar (bank, lawyer, pembeli, penjual), urusan jadi lebih lancar.
➡️ Komunikasi yang jelas mempercepatkan proses jual beli.
5. Meningkatkan Reputasi Profesional REN
REN yang boleh bentangkan “roadmap jual beli” nampak lebih profesional dan berpengetahuan.
➡️ Klien akan nampak kita bukan sekadar jual rumah kita bimbing keseluruhan proses.
6. Jadi Panduan Rujukan Klien
Apabila klien faham tentang timeline, mereka tahu bila perlu sediakan dokumen, bila boleh pindah dan bila akan terima hasil jualan.
➡️ Kurang pertanyaan berulang, lebih mudah urus komunikasi.
7. Kurangkan Risiko Salah Maklumat atau Harapan Palsu
Tanpa penerangan, klien mungkin percaya “urusan boleh siap sebulan” akhirnya kecewa bila tak jadi.
➡️ Jujur tentang tempoh sebenar lebih baik daripada janji cepat tapi tak realistik.
Kesimpulan
Jelaskan timeline bukan sekadar untuk maklumkan proses, tapi untuk mendidik dan menenangkan klien sepanjang proses.
Bila klien tahu apa nak dijangka mereka akan lebih sabar, lebih yakin dan lebih percaya kepada anda sebagai REN profesional.
Kamaruzaman Omar
“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”
- KENAPA APARTMENT MELODI PERDANA PUNCAK ALAM SANGAT BERBALOI UNTUK DIBELI?
- PEMBUKAAN TOL ECO GRANDEUR DAN PEMBINAAN STESEN ECRL “BOOMKAN” PUNCAK ALAM
- Pembukaan Persimpangan Bertingkat & Plaza Tol Eco Grandeur: Lonjakan Baharu Pasaran Hartanah Puncak Alam
- LARANGAN-LARANGAN YANG REN KENA PATUHI DALAM KERJANYA SEBAGAI REN
- STESEN ECRL PUNCAK ALAM: KENAPA MASIH RAMAI YANG BELUM TAHU KEWUJUDANNYA?



