Ramai pembeli rumah pertama terkejut bila permohonan pinjaman ditolak, walaupun rasa diri “mampu bayar”. Tapi… kenapa bank masih tak luluskan?
Bank pun macam manusia juga.
Kalau dah nampak muka “susah bayar hutang”,
kenapa nak bagi pinjam?
Logiknya senang potensi tak bayar tu besar.
Sebab tu bank akan tapis betul-betul sebelum luluskan pinjaman.
Jom faham kenapa syarat bank sekarang makin ketat.
1. Bank bukan tengok gaji semata-mata
Bank nilai keseluruhan komitmen kewangan termasuk hutang kad kredit, pinjaman peribadi, PTPTN, kereta dan sebagainya.
➡️ Kadang gaji nampak besar, tapi baki “Nett Disposable Income (NDI)” kecil.
Bank ada data, ada sejarah ribuan peminjam. Dia tahu corak siapa yang konsisten, siapa yang “high risk”. Bukan sebab kejam, tapi sebab nak elak kedua-dua pihak susah menyebabkan bank rugi, pembeli pun tersepit.
2. Rekod CCRIS / CTOS tak cantik
Walaupun hanya terlewat bayar 1-2 bulan, ia boleh memberi kesan besar.
Bank nilai tahap disiplin kewangan berdasarkan sejarah bayaran (track record).
Ramai tak tahu, bank bukan tengok gaji je. Dia tengok semua dari rekod CCRIS, komitmen bulanan, sampai la gaya kita urus duit.
Kalau kad kredit pun selalu tertunggak,loan kereta pun lambat bayar, macam mana bank nak percaya kita boleh bayar rumah RM2,000 sebulan selama 35 tahun?
3. Debt Service Ratio (DSR) melebihi had
Setiap bank ada had DSR (biasanya 60–70%).
Kalau bayaran bulanan rumah baru menyebabkan DSR melebihi had, permohonan biasanya akan ditolak.
4. Jenis pekerjaan dan pendapatan tak stabil
Freelancer, peniaga kecil atau commission-based income (macam REN pun) perlukan rekod tunjuk kestabilan seperti 6-12 bulan penyata bank & cukai pendapatan (BE form / EA form).
5. Harga rumah tak selari dengan nilai pasaran
Kalau harga beli terlalu tinggi berbanding “Market Value” (MV), bank hanya akan luluskan pinjaman ikut nilai semasa bukan harga yang kita beli.
Kesimpulan:
Bank bukan nak “menyusahkan”, tapi nak pastikan peminjam mampu bayar dalam jangka panjang.
Kalau nak mudah lulus, pastikan:
✅ Komitmen terkawal
✅ Rekod bayaran bersih
✅ Dokumen lengkap dan telus
Bank tak kejam.
Cuma dia nak yakin kita betul-betul mampu. Sebab kalau kita gagal bayar kita yang tanggung, bukan bank.
Kamaruzaman Omar
“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”
- KENAPA APARTMENT MELODI PERDANA PUNCAK ALAM SANGAT BERBALOI UNTUK DIBELI?
- PEMBUKAAN TOL ECO GRANDEUR DAN PEMBINAAN STESEN ECRL “BOOMKAN” PUNCAK ALAM
- Pembukaan Persimpangan Bertingkat & Plaza Tol Eco Grandeur: Lonjakan Baharu Pasaran Hartanah Puncak Alam
- LARANGAN-LARANGAN YANG REN KENA PATUHI DALAM KERJANYA SEBAGAI REN
- STESEN ECRL PUNCAK ALAM: KENAPA MASIH RAMAI YANG BELUM TAHU KEWUJUDANNYA?



