Kamaruzaman Omar

Blog

REN BARU DAN CABARANNYA.

REN-REN baru selalunya hadapi beberapa cabaran besar dalam kerjaya mereka. Saya dulu pun hadapi masalah yang sama. Antaranya masalahnya ialah:

1. Tiada Listing

Baru masuk industri, belum ada banyak connection dengan pemilik hartanah.

– Susah nak dapat listing eksklusif sebab pemilik lebih percaya ejen berpengalaman.

2. Susah Nak Close Deal

– Tak cukup skill untuk handle objection daripada pembeli ataupun penjual.

– Kurang pengalaman dalam teknik rundingan (negotiation).

– Tak tahu cara buat follow up yang berkesan.

3. Persaingan Sengit

– Pasaran hartanah ramai dengan ejen senior yang nama mereka dah establish.

– Susah nak bersaing dengan ejen yang ada banyak budget untuk buat marketing.

4. Kurang Ilmu dan Bimbingan

– Tak semua REN baru ada mentor atau sifu yang boleh guide mereka.

– Tak tahu strategi pemasaran berkesan untuk tarik pelanggan ke medan viewing sehingga closed deal.

5. Kewangan Yang Tidak Stabil

– Tiada gaji tetap, hanya bergantung pada komisen semata-mata.

– Kalau lambat closed deal pertama yang sukses, boleh wujudkan satu tekanan jiwa.

6. Tak Konsisten dan Mudah Give Up

– Ramai REN baru cepat putus asa bila tak nampak hasil dalam beberapa bulan selepas mereka jadi REN.

– Tak cukup disiplin untuk buat kerja rutin setiap hari.

Nak bertahan lama dalam industri ni, kena banyak sabar, konsisten, banyak belajar dan rajin bina networking. Kalau ada support dari team dan mentor yang betul, lebih mudah untuk berjaya.

Saya bukan nak menakut-nakutkan uols tau. Jika kena gayanya kerja REN ni bagus tau. Apapun tepuk dada tanya hati.

Ikut je apa arahan leader anda. Follow sistem yang ejensi sediakan. Setiap ejensi ada sistem yang berbeza. In sha Allah anda akan jadi REN yang berjaya dunia dan akhirat.

.

Adakah anda REN baru yang tengah struggle sekarang? Atau anda sendiri baru berjinak-jinak nak masuk industri hartanah? Klik di sini https://ejenhartanahselangor.com/sertai-kami/

Kamaruzaman Bin Omar

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top