Kamaruzaman Omar

Blog

REN: JANGAN TERJERAT DENGAN TAWARAN JANJI MANIS

Dalam industri hartanah, bila kita dah mula perform dapat reward itu ini dan selalu naik pentas mulalah datang macam-macam “tawaran menarik”.

Komisen tinggi
– Sistem terbaik. Submission senang, boleh cari owner untuk tambah koleksi listing,
– Offer team kononnya dah ready.
– Janji nak “angkat nama” kita lebih tinggi.

Nampak cantik.

Tapi realitinya… tak semua yang manis tu baik untuk jangka panjang.

REAL TALK:

Ramai REN jatuh bukan sebab tak pandai jual tapi sebab buat keputusan ikut emosi.

Bila nampak peluang terus rasa diri ada nilai tinggi dan buat lompatan harapan.

Tanpa tanya:
❓ Sistem dia betul ke?
❓ Support memang wujud atau sekadar janji?
❓ Culture team tu sihat atau toksik?
❓ Growth jangka panjang ada atau sekadar hype?

SILAP BESAR REN PERFORM:

Bila dah ada result sikit, terus rasa:
“Aku boleh pergi mana-mana, confirm jadi”

Akhirnya:
❌ Hilang momentum.
❌ Hilang network.
❌ Start balik dari kosong.

Lebih teruk reputasi pun boleh jatuh.

INGAT NI:

Dalam real estate,
Consistency” lagi penting dari “excitement”.

Tempat yang bantu anda:
✔️ Build sistem
✔️ Jaga pipeline
✔️ Support team untuk dapat listing & closing
✔️ Bina nama jangka panjang

Itu lebih bernilai dari:
Janji manis yang sekadar harapan memancing di lautan luas.

NASIHAT SAYA:

Kalau anda REN yang sedang perform:

Jangan mudah terpengaruh dengan:
“Rumput sebelah nampak lebih hijau”

Kadang-kadang…
yang anda perlukan bukan tempat baru,

tapi:
– Perbaiki dan tingkatkan strategi kerja. Ubah jika perlu.
– Kuatkan bonding sesama REN terutamannya dengan team sendiri dan REN sesama ejensi.
– Gandakan effort di tempat sedia ada

Kesimpulannya, bukan semua peluang itu rezeki. Ada yang datang untuk uji iman dan kesabaran kita dalam membuat keputusan.

REN yang berjaya bukan yang kejar semua peluan,tTapi yang tahu peluang mana perlu diambil dan ditolak.

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top