Kamaruzaman Omar

Blog

REN, PR DAN COPYWRITING

Sebagai seorang REN, selain berperwatakan menarik dan bijak membuat kira-kira, memiliki seni komunikasi (PR) yang baik merupakan satu kelebihan dalam kerjaya berkaitan hartanah:

Berikut ialah skrip copywriting penerangan simple untuk REN gunakan semasa jumpa pemilik yang mungkin letak harga agak tinggi tetapi dalam masa yang sama ingin jual dengan cepat:

1. “Harga iklan” vs “harga transaksi”

“Apa yang tuan/puan lihat di Muxxx, iPxxxxxxx dan lain-lain medium tu kebanyakannya adalah harga iklan biasa yang kita tidak tahu sebab kenapa harga sedemikian diletakkan. Tapi harga sebenar yang pembeli bayar (harga transaksi) biasanya lebih rendah. Bank pun rujuk pada harga pasaran (mv) sebelum luluskan pinjaman perumahan.

2. “Letak harga tinggi = susah nak close”

“Kebanyakan pembeli sekarang memang bijak buat perbandingan dan kira-kira. Kalau harga rumah kita agak tinggi, iklan pun tak dapat sambutan, apatah lagi nak dapat temujanji untuk tengok rumah.”

3. “Penawaran lebih banyak dari permintaan”

“Buat masa ni, banyak rumah yang ingin dijual di pasaran. Persaingan pun agak tinggi. Kalau kita boleh letak harga yang lebih kompetitif berdasarkan keadaan rumah dan persekitarannya, in sha Allah iklan rumah tuan/puan lebih mudah menarik dan dapat pembeli lebih cepat.”

4. Cadangan berdasarkan data transaksi

“Berdasarkan harga rumah sekitar yang dah terjual dan laporan pihak penilai (valuation report), anggaran nilai pasaran rumah tuan/puan adalah sekitar RMXXX,XXX. Kita boleh letak harga permulaan sekitar RMXXX,XXX sebagai strategi tarik minat dan buka ruang untuk rundingan.”

5. Sebagai penutup pemanis kata

“Tuan/Puan, saya sebagai REN yang berdaftar, saya cuba bantu bukan sekadar iklankan, tapi saya juga kongsikan strategi harga supaya rumah tuan/puan tidak terperap lama di pasaran. Kita bukannya jual dengan harga murah, tapi jual ikut harga yang munasabah dan Tuan/Puan pon cepat dapat hasil.”

Ini cadangan dari saya sahaja tau. Nak praktis atau tak nak itu terpulang. Apa yang penting kena ingat rumah itu bukan milik kita. Kita hanya sebagai pemudah cara sahaja dan jangan sesekali memberi khidmat nasihat yang bertentangan dengan etika kerja seorang REN.

Kamaruzaman Omar

Protasa Properties Sdn Bhd

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top