1. Salah REN (Real Estate Negotiator) jika:
Tak disiplin – malas follow-up, tak rajin turun padang.
Tak belajar – tak hadir kelas, tak buat sesuatu untuk improvement.
Tak fokus – kejap buat, kejap senyap, ikut mood.
Tak jaga attitude – suka salahkan orang lain, tak nak ambil tanggungjawab sendiri.
Jangan sakit hati atau down di atas kecemerlangan orang lain. Sepatutnya dijadikan inspirasi bukan iri hati.
“Kalau REN tu malas dan pasif, perform pun memang susah la.”
2. Salah leader, team jika:
Tak pantau atau coaching – lepas tangan selepas buat recruitment.
Tak sediakan cara kerja – tiada SOP, tiada platform lead, tiada hala tuju.
Suka push tanpa guide – asyik suruh jual tapi tak ajar macam mana nak dapatkan hasil.
“REN baru ni diibarat macam anak kecil. Kena pegang tangan sampai dia boleh berlari sendiri.”
3. Salah ejensi jika:
Tiada budaya kerja yang jelas – semua main redah.
Tak wujudkan suasana growth – tiada reward, tiada motivasi.
Lambat adapt teknologi & pasaran semasa.
Asyik monitor prestasi ejensi lain dan memberikan markah (judge) tanpa disuruh.
“Kalau environment lemau, semangat pun jadi lemah.”
Jadi siapa salah?
SEMUA ADA BAHAGIAN TAU.
Tapi yang paling penting:
REN kena bertanggungjawab ke atas hasil diri sendiri.
Leader bertanggungjawab bantu REN untuk berkembang.
Ejensi bertanggungjawab sediakan sistem dan budaya kerja positif serta sihat.
Berminat nak jadi REN Protasa??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60103086718/DaftarRENProtasa