Berdasarkan Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), pasaran hartanah Malaysia menunjukkan pertumbuhan yang kukuh. Jumlah nilai transaksi hartanah mencapai RM105.65 bilion dengan 198,906 transaksi, mencatat peningkatan 8.0% dalam jumlah urus niaga dan lonjakan 23.8% dalam nilai urus niaga berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Namun begitu, jumlah rumah yang dilelong pon banyak dari tahun ke tahun. Jumlah rumah yang dilelong di Malaysia telah menunjukkan peningkatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh, pada tahun 2021, terdapat peningkatan sebanyak 40% dalam jumlah hartanah yang dilelong berbanding tahun sebelumnya, disebabkan oleh kesan pandemik COVID-19 yang menjejaskan keupayaan pemilik untuk membayar pinjaman mereka.
Manakala pada tahun 2022, dalam tempoh lapan bulan pertama, bilangan hartanah lelongan di Malaysia meningkat sebanyak 12% berbanding keseluruhan tahun 2021, dengan purata kira-kira 2,840 lelongan sebulan.
Rumah dilelong biasanya disebabkan oleh masalah kewangan pembeli, kesilapan pemaju dan beberapa faktor lain. Berikut adalah beberapa sebab utama:
1️⃣ Pemilik Tidak Boleh Bayar Ansuran Bulanan
– Ramai pembeli rumah baru mengambil pinjaman perumahan dengan ansuran yang tinggi. Jika keadaan ekonomi bertambah buruk (contohnya, mereka diberhentikan kerja, perniagaan mereka gagal atau kos sara hidup meningkat), mereka menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran dan bank akhirnya terpaksa rumah mereka.
– Ada yang membeli rumah tanpa perancangan kewangan yang teliti, contohnya berminat dengan promosi bayaran muka rendah atau “zero deposit” tetapi tidak mengambil kira ansuran yang bakal dibayar.
– Kadar faedah gadai telah meningkat, menyebabkan ansuran bulanan menjadi lebih tinggi daripada jangkaan awal.
2️⃣ Masalah Pemaju
– Pemaju gagal menyiapkan projek seperti yang dijanjikan – tiada kemudahan awam, kualiti bangunan yang agak teruk atau infrastruktur yang tidak berapa bagus.
– Ada masalah undang-undang, contohnya masalah CCC (Certificate of Completion and Compliance) atau ada pertikaian masalah tanah.
– Pemaju menjual dengan harga yang terlalu tinggi, sehingga ramai pembeli yang mengalami kesukaran untuk menjual semula rumah mereka dan akhirnya dilelong.
3️⃣ Lokasi Tidak Strategik
– Rumah dibina di kawasan yang kurang membangun, tidak mempunyai akses yang bagus, tiada pengangkutan awam atau kemudahan minima (sekolah, pasaraya hospital dan seumpamanya).
– Banyak rumah kosong kerana tiada siapa yang mahu berpindah, menyebabkan harga jatuh dan pemilik memilih untuk berserah kepada bank untuk dilelong.
4️⃣ Pelabur Atau Spekulator
– Ada yang membeli rumah untuk pelaburan dengan harapan harga akan naik, tetapi yang terjadi sebaliknya. Akhirnya, mereka tidak dapat menjual dan terlelong.
– Ramai pelabur membeli rumah dalam kuantiti yang banyak dan gagal mencari penyewa, akhirnya tidak mampu membayar ansuran bulanan.
5️⃣ Pasaran Ekonomi Dan Pasaran Hartanah Lembap
– Kalau ekonomi susah, permintaan rumah berkurangan, ramai yang susah nak bayar ansuran. Ini telah menyebabkan peningkatan bilangan rumah yang dilelong.
– Harga rumah di lokasi ini mungkin terlalu mahal jika dibandingkan dengan kuasa beli masyarakat sekeliling.
Bagaimana Nak Elakkan Membeli Rumah Yang Berpotensi Dilelong?
✔ Semak harga pasaran – Jangan terpengaruh dengan promosi, bandingkan harga rumah dengan kawasan sekitar.
✔ Pilih lokasi yang berkembang maju – Pastikan akses kepada pengangkutan, kemudahan awam dan potensi kenaikan harga.
✔ Selidik pemaju – Lihat rekod prestasi pemaju, projek terdahulu.
✔ Semak kemampuan anda dengan teliti – Pastikan ansuran bulanan anda tidak melebihi 30-40% daripada pendapatan bulanan anda untuk anda tidur lena.
Anda masih buntu nak membeli atau menjual rumah? Klik link ini https://ejenhartanahselangor.com/hubungi/
Kamaruzaman Omar