Kamaruzaman Omar

Blog

SIAPA KAMARUZAMAN OMAR SEBELUM INI?


.
πŸ“Œ Sebelum melibatkan diri secara sepenuh masa sebagai REN, saya berkuli salah di sebuah syarikat swasta di Subang. Masa tu saya pegang dua position manager dalam satu masa.
.
πŸ“Œ Pegang dua jawatan dalam satu masa stress dia memang boleh tahan. Macam-macam audit kena lalui. External dan internal audit itu dah jadi makanan. Kena deal dengan syarikat tempatan dan juga luar negara. Tetapi upahnya pun boleh tahan. Begitu juga dengan bonus tahunan. Kalau submit loan rumah bilis-bilis memang lulus.
.
πŸ“Œ Walaupun kerja agak sibuk, oleh kerana upah pun boleh tahan, saya bekerja selama 13 tahun jugak la. Macam-macam perangai manusia saya jumpa. Join hari ini esok keluar pon ada. Yang join sampai sekarang dah berbelas tahun kerja pon ada.
.
πŸ“Œ Dalam kesibukan tersebut saya sempat lagi jenguk-jenguk untuk melabur dalam bidang hartanah. Awal tahun 2000 fb belum ada. Nak cari sifu pon susah sebab kurang medium jaringan networking. Hartanah pertama saya beli pada tahun 2003 di area Cheras. Seterusnya pada tahun 2004 saya beli di Gombak. Sehingga sekarang saya masih membelinya. Apabila cukup masa dan kajian keuntungan darinya saya akan jual. Best kan…
.
πŸ“Œ Walaupun saya mampu beli hartanah tetapi saya rasa belum puas. Saya nampak bidang Perunding Hartanah ni memberi peluang lagi besar untuk saya tambah aset dan networking.
.

πŸ“Œ Sebelum buat sesuatu keputusan yang berat saya tanya beberapa orang kenalan rapat yang dah menceburi bidang REN. Sehinggalah pada satu masa saya dah bersedia sepenuhnya untuk menjadi REN sepenuh masa.
.
πŸ“Œ Hasrat berhenti kerja ditolak mentah-mentah oleh boss saya. Dia kata Kalau saya stress dia bagi cuti untuk balik rehat di Kelantan selama 2 bulan bergaji. Tetapi dia belum tahu sebab sebenar saya nak berhenti kerja. Nasihat dia saya respek dan ambil masa sikit untuk renung balik pandangannya.
.
πŸ“Œ Satu bulan kemudian saya hantar surat untuk berhenti sekali lagi. Kali ini dia tambah kenaikkan gaji sebanyak 4 angka pada masa tu juga. Banyak jugak tanbahan kenaikan tu. Bukannya kenaikan 3 angka kan. Tetapi saya dah tekad untuk berhenti. Alhamdulillah lepas berhenti saya teruskan kerja dalam bidang REN dan prestasinya boleh tahan walaupun banyak liku-likunya.
.
πŸ“Œ Nasihat saya jika kengkawan dah nampak jalan yang terang dan jelas di hujung sana. Teruskanlah hasrat itu. Sesungguhnya nikmat kerja sendiri ni memang betul-betul puas terutamanya dari segi kewangan dan juga masa.
.
πŸ“Œ Tetapi bab berhenti kerja setakat sebut tu senang je. Sebagai seorang yang waras dan matang berfikir, bincanglah elok-elok sebelum buat sebarang keputusan. Bincanglah dengan suami atau isteri terlebih dahulu. Jika dapat lampu hijau bincanglah dan maklumkan kepada majikan anda berada sekarang. Mereka lebih lama dari kita mungkin ada sesuatu yang mereka nampak tetapi kita tak nampak. Anda nampak makanan yang dihidangkan itu amat sedap. Boleh kalahkan masakan isteri. Tetapi jika dimakan belum tentu sesuai dengan perut anda. Silap haibulan boleh terkena β€œfood poisoning”. Itulah nasihat saya yang sekolah pon tak berapa tinggi.

πŸ“Œ Jika berminat nak jadikan kerjaya sebagai REN boleh minta pandangan saya. Apa persediaan sebelum berhenti kerja pun saya boleh kongsikan. Nak join agency mana tu terpulang pada kengkawan.

Kamaruzaman Omar

Protasa Properties Sdn Bhd

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top