Kamaruzaman Omar

Blog

Jual Beli Hartanah: Simple Tapi Anda Wajib Tahu Dan Faham

Benda simple tapi wajib tahu dan faham terutamanya ambo sebagai REN:

Dalam urusan pembelian ataupun penjualan hartanah tak semuanya lancar. Jika penjualan lancar tanpa apa-apa masalah alhamdulillah. Tetapi ada juga yang melalui proses yang rumit. Apapun jika anda tahu dan faham sebelum proses transaksi berlaku in sha Allah kebarangkalian menghadapi masalah dapat dikurangkan. Apa yang anda perlu tahu dan faham ialah:

๐Ÿ“Œ Double transfer atau direct transfer? Kalau double transfer adakah pihak penjual dan pembeli sanggup tunggu? Adakah penjual ada cukup duit untuk bayar kos MOT?

๐Ÿ“Œ Pemaju masih wujud atau dah bankrap? Kalau dah bankrap dan kita tahu syarikat yang ambil alih segala urusan berkaitan hartanah tersebut satu kelebihan.

๐Ÿ“ŒPenjual muflis atau tidak? Pandai-pandai bersembang dengan owner jangan sampai kena halau semasa inspection rumahnya.

๐Ÿ“Œ Adakah harga jual boleh cover semua tunggakan hutang bank dan hutang yuran penyelengaraan hartanah yang nak dijual? Kalau hutangnya melebihi 10% dari harga jualan apa harus kita buat?

๐Ÿ“Œ Penjual nak guna pengecualian CKHT (RPGT) sekali seumur hidup untuk setiap rakyat Malaysia? Ini penting terutamanya bagi mereka yang terjerumus di lembah mark up loan.

๐Ÿ“Œ Umur hartanah tersebut dah lebih 10 tahun atau belum?Individual title dah keluar ke belum? Kalau belum bank mana yang bagi kemudahan pinjaman?

๐Ÿ“Œ Penjual setuju terima duit deposit rendah atau tidak? Kena tahu situasi kewangan penjual. Jangan ambil booking baru cakap.

๐Ÿ“Œ Seeloknya masa inspection kita kena tengok salinan SPA atau geran sebab semua maklumat penting ada dalam tu. Elakkan buat descripiton tak betul yang boleh mengundang bala.

๐Ÿ“Œ Seterusnya ambo citer lain kali. Nanti lain kali ambo kehabisan modal nak kongsi.

๐Ÿ“Œ Kesimpulannya: Buatlah kerja lebih sikit pun tak apa. Biar susah awal jangan susah kemudian. Tanyalah REN lama pasti ada sejarah dimaki dan diherdik. Janganlah ulang sejarah mereka.

“HAPPY SELLING, HAPPY EARNING”

Kamaruzaman Bin Omar

Protasa Properties Sdn. Bhd

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top