Kamaruzaman Omar

Blog

HIDUP DAN KEPUASAN

Dalam hidup ini semua orang inginkan kepuasan hidup yang maksimum. Tahap kepuasan seseorang adalah berbeza mengikut tahap kehidupan dan matlamat hidupnya.
.
Bagi saya anak sebagai anak tani kampung, gaya hidup dan cara berurusan dengan manusia di luar sana masih ada unsur kekampungan. Lain acuan maka lain hasilnya.
.
Masa saya ceburi kerjaya sebagai seorang REN 10 tahun lepas hanya ada 2 tujuan utama sahaja. Pada masa itu bagi saya jika berjaya dalam kerjaya REN saya akan dapat membebaskan diri dari kekangan masa bekerja yang agak padat dan dapat cari duit lagi banyak seterusnya dapat belanja keluarga membeli belah serta melancong ke luar negara.
.
Alhamdulillah penglibatan dalam bidang ini saya agak berbaloi. Saya berasa puas kerana perolehan luar biasa ambo capai. 2 bulan di awal penglibatan itu saya dapat jual 9 hartanah. Itu di awal penglibatan dulu. Itu pun secara part time sorok-sorok. Lepas tu saya terus nekad berhenti kerja dan jadi REN sepenuh masa.
.
Selepas prestasi jualan agak konsisten, saya diamanahkan untuk jadi Leader kepada REN-REN baru. Terima kasih kepada mereka yang percayakan dan bagi semangat kepada saya. Masa ini saya diamanahkan untuk uruskan Asilah Alias, Arifin Matiuddin, Isfarizal Roma Isia, Fahana Rashid dan beberapa orang lagi. Sehingga sekarang ada antara mereka masih lagi berkecimpung dalam bidang hartanah dan dah jadi leader. Ada juga yang dah beralih ke bidang lain. Kat sini alhamdulillah team saya yang dikenali Team Hartawan Unggul selalu naik pentas hampir setiap bulan. Saya rasa seronok dan puas kerana anak buah saya berjaya buat sales.
.
Setelah beberapa tahun saya sebagai leader di beberapa ejensi yang berlainan, saya ok je masih buat personal sales dan anak buah pun ada yang boleh buat sales dengan tahap seliaan yang rendah.
.
Pada hujung tahun 2019 saya dipelawa untuk lead satu ejensi hartanah, dengan perbincangan yang panjang lebar alhamdulillah persetujuan dicapai. Kini saya dan rakan kongsi Syukor Karnaini cuba buat yang terbaik. Apabila dah tahap ini, saya rasa sangat puas. Ada antara mereka yang telah berjaya membeli unit hartanah untuk didiami dan ada juga untuk pelaburan.
.
Hasrat saya sebelum saya pejam kedua belah mata untuk selama-lamanya, saya dapat lahirkan lebih ramai lagi bangsa kita yang berjaya. Bukan sekadar jadi REN sampai pencen, tetapi menjadi pelabur hartanah yang berjaya. Apabila mereka berjaya kelak semoga pahala saya mendidik mereka mengalir hingga ke alam sana.

Kamaruzaman Omar

Protasa Properties Sdn. Bhd

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top