BERCERITA TENTANG KERJA KITA
Tak dinafikan memang seronok bercerita tentang kerjaya kita amalkan sendiri. Tak semestinya penceritaan kita mesti dalam acara rasmi dan secara formal sahaja. Kadangkala penceritaan secara santai lebih menarik.
.
Motivasi Diri Sendiri Dan Orang Lain
Kita kongsi cerita tentang kerja kita kepada orang lain boleh meningkatkan motivasi kepada kita sendiri dan juga orang lain.
.
Ada manusia yang memang ada kepakaran bekerja tetapi tidak ada semangat untuk bekerja. Begitu juga ada yang yang ada kemahuan untuk bekerja tetapi tidak ada sesuatu yang mengerakkannya untuk mara ke hadapan.
Luaskan Rangkaian Kerja
Dengan kita berkongsi dan memberitahu tentang kerjaya kita kepada orang sekeliling secara tak langsung akan menambahkan rangkaian kerja dan perniagaan kita.
.
Saya sendiri jika tidak terlibat dalam bidang Perunding Hartanah (REN), berapa kerat je rangkaian saya. Ini kerana masa makan gaji beberapa tahun lepas setiap hari saya jumpa orang yang sama setiap hari. Tetapi setelah jadi REN rangkaian saya tiada had.
.
Hari ini alhamdulillah dengan izin Allah saya boleh jumpa serta berurusan dengan manusia dari pelbagai golongan dan latar belakang yang saya tak sangka selama ini.
Berkongsi Ilmu dan Pengalaman
Setiap orang tidak sempurna 100%. Ada kurang lebihnya. Dengan bercerita tentang amalan kerja kita kepada mereka di luar sana secara tak langsung dapat memberitahu kepada mereka apa yang mereka belum tahu.
.
Ilmu dan pengalaman seseorang berbeza. Kemungkinan besar pengalaman pahit jerih dan makian emas yang kita dapat orang lain belum dapat. Dengan perkongsian itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kengkawan yang lain terjerumus sama.
Perintis Kepada Mereka Yang Belum Tahu
Penceritaan dan perkongsian kita boleh membuka mata kepada orang di luar sana untuk terlibat sama. Kita tak perlu risau dengan pendedahan yang kita buat kononnya membuatkan orang lain akan lebih kaya dan berjaya dari kita.
.
Rezeki Allah dah tetapkan. Tak perlu risau pada kurniaaan rezeki berlebihan yang akan diterima oleh orang lain. Mereka dapat lebih kita seronok dan bangga. Sebaliknya jika mereka susah dapat rezeki kita pula rasa kesian dan serba salah.
.
Kesimpulannya:
Berceritalah dan berkongsilah ilmu apapun kepada orang di luar sana asalkan ia baik dan sesuai untuk diamalkan. Jika kita ikhlas in sha Allah pahala berganda menanti.
.
Begitu juga jika kengkawan lain kongsikan ceritanya, raikanlah. Janganlah pula kita rasa tercabar ataupun tergugat. Kita manusia saling melengkapi dan saling memerlukan.
.
Saya doakan semoga kengkawan semua berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Amin ya Allah.