LANTIK REN: APA UNTUNGNYA?
1) Tuan rumah sewa selalu tanya duit sewa setelah melepasi due date. Ini bagus untuk penyewa tahu bahawa tuan rumah pun ada komitmen dan perlukan duit.
2) Bank selalu call dan mesej beri peringatan supaya membayar hutangnya. Bagus untuk disiplinkan peminjam supaya membayar ansuran bulanan ikut jadual.
3) Perjanjian penyewaan (TA) yang terlalu terperinci. Supaya sekiranya ada salah faham sepanjang tempoh penyewaan, pihak terlibat boleh merujuknya tanpa menganiayai mana-mana pihak
4) Perunding hartanah (REN) tanya banyak soalan sebelum bawa bakal pembeli tengok unit yang ingin dibelinya. Ini supaya dapat rekemen unit yang paling sesuai dengan kehendak dan kemampuan pembeli (jimat masa semua pihak).
5) Beli rumah melalui Perunding hartanah berdaftar (REN) harga lebih tinggi. Sebenarnya beli melalui REN kepentingan pembeli lebih terjamin dan selamat sebab mereka bekerja ikut prosedur yang digariskan. Mereka semak terlebih dahulu harga pasaran (MV) sebelum mencari bakal pembeli. Duit deposit (earnest deposit) dibayar kepada ejensi REN bernaung. Apa-apa berlaku duit tadi selamat.6) Lantik REN untuk jualkan hartanahnya merugikan dan berisiko. Dalam apa bidang apapun sepatutnya lantiklah mereka yang pakar dan biasa dengan kerja yang dilakukannya. Pemilik tak perlu buang masa untuk uruskan penjualan rumahnya. Dia boleh fokus kepada kerja dan bisnes sehariannya yang mungkin lagi besar dan penting. Biarlah REN yang uruskan penjualan hartanahnya. REN akan semak harga pasaran (MV) beritahu pemilik dan cadangkan harga terbaik.
Mitosnya: Setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya. Cubalah jadi yang terbaik walaupun kita tahu sukar untuk mencapainya.
.