Rahsia supaya selalu menjadi rujukan dan dapat bertahan lama dalam kerjaya REN?
1. Selalu senyum dan selalu merendah diri.
2. Jaga nama baik diri sendiri, keluarga dan ejensi (syarikat) tempat anda bernaung.
3. Menjaga hubungan baik dengan pelanggan, kaum kerabatnya dan mereka yang terlibat dalam sesuatu urusan bisnes yang anda deal.
4. Fokus pada prestasi diri sendiri dan anak buah yang diselia sahaja. Tak perlu sibuk pasal orang lain.
5. Tidak sakit hati di atas kecemerlangan orang lain bahkan menjadi inspirasi untuk anda jadi sepertinya.
6. Bergaul dengan mereka yang berfikiran positif dan selalu berkata yang baik-baik sahaja.
7. Jangan sesekali berniat ingin menipu orang lain. Allah maha kaya.
8. Jangan sesekali cuba parking luar sedangkan anda masih bernaung di bawah seliaan ejensi. Ingat kita orang islam ada syurga dan neraka.
9. Jangan kedekut untuk bagi referral fee atau belanja makan kepada mereka yang memperkenalkan bisnes anda kepada orang lain.
10. Servis after sales. Ini antara yang paling susah untuk dilaksanakan.
Kamaruzaman Omar
Protasa Properties Sdn. Bhd




