Kamaruzaman Omar

Blog

PERKARA ASAS REN WAJIB TAHU

PERKARA ASAS REN WAJIB TAHU

Sebelum jualkan mana-mana hartanah, REN wajib lakukan pemeriksaan (inspection) terlebih dahulu. Beberapa perkara asas wajib diambil tahu sebelum mengiklankankan dengan tujuan untuk jualkannya.

1- Siapa yang panggil anda untuk jualkan? Adakah dia pemilik sebenar atau wakil kepada pemilik? Dapatkan pengesahan hitam putih bahawa dialah pemilik atau wakil yang sah untuk uruskan penjualan.

2- Berapa orang nama yang tercatat pada surat perjanjian jual beli (SPA) atau geran? Jika lebih seorang pemilik, adakah semua pemilik setuju untuk jualkannya dan adakah semuanya masih hidup?

3- Apakah status hartanah tersebut sama ada berstatus pertanian / bangunan / leasehold / freehold / bumi / non bumi lot / rizab melayu? Berbeza status hartanah ini maka pengurusannya pun mestilah berbeza.

4- Hartanah tersebut boleh dipindah milik secara “direct transfer” atau “double transfer”? Ini sangat penting. Ramai REN terperangkap terutamanya REN baru atau REN lama tetapi beliau belum pernah uruskan penjualan hartanah di situ.

5- Hartanah tersebut sudah ada geran individu ataupun masih geran kongsi? Salah faham di sini boleh rosakkan nilai kredibiliti seseorang REN kerana salah terangkan kepada client membuatkan REN itu sudah tidak dihormati.

6- Adakah pemaju masih wujud ataupun dah bankrap? Jika bankrap, semak adakah wujud transaksi jualan di kawasan tersebut sebelum ini? Jika perlu refer kengkawan REN lain atau peguam yang biasa uruskan penjualan di kawasan tersebut. Di sini baru kita tahu betapa pentingnya networking.

7- Adakah hartanah tersebut sudah bebas hutang atau masih ada hutang dengan mana-mana institusi kewangan? Jika ada masih ada hutang, adakah dibayar ikut jadual atau dah beberapa bulan tak membayarnya? Ini penting supaya REN tidak menjual hartanah yang dalam proses lelongan. Elakkan makian percuma dari client.

8- Jika ada yuran penyelengaraan, adakah pemilik bayar ikut jadual ataupun ada tunggakan? Ini pun ramai yang terlepas pandang.

Ini baru secara umum, belum lagi buat pemeriksaan terhadap hartanah tersebut. Sebab itu saya wajibkan REN sentiasa bawa INSPECTION LIST masa buat inspection supaya tidak ada item yang terlepas pandang.

Tak guna hartanah tersebut dah reno secantik retis sekalipun sekiranya perkara utama di atas ada masalah dan tidak diuruskan dengan sewajarnya.

Kamaruzaman Omar

Protasa Properties Sdn Bhd

Jangan pelik jika di kemudian hari ada REN kena maki hidup-hidup sama ada oleh pembeli mahupun penjual. Masa tu barulah ingat mak kat kampung pun tak pernah cakap macam ni. Jangan bazirkan air mata anda kepada perkara yang tak perlu.

.

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top