Sesiapa sahaja yang berniaga mulut manis menjadi satu keperluan supaya pelanggan selesa dengan anda. Tetapi walaupun manis ini tanpa gula tetap ada bahayanya. Tugas REN ada limitasinya dan tidak boleh janji itu ini tanpa persetujuan dari pihak-pihak yang terlibat. Dalam proses jual beli melibatkan pihak penjual, pembeli dan REN. Mereka ini ada kemahuan dan hasrat yang terbaik tetapi ada limitasinya. Antaranya
Sebagai Pembeli:
Apabila mereka berminat dengan mana-mana unit yang ingin dijual, mereka berhak untuk menawarkan harga yang paling rendah dan boleh meraih keuntungan paling maksimum.
Mereka ada kuasa beli dan ada kekuatan di situ. Tetapi harus berhati-hati. Adakah unit yang diiklankan dan ditunjukkan itu betul-betul wujud atau sekadar “iklan dummy” sahaja.
Sebagai Penjual:
Harta ini adalah miliknya. Selagi namanya tercatat dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) atau dalam geran, mereka berhak tentukan untuk jualkan ataupun tidak. Mereka juga berhak tetapkan harga untuk dijual.
Boleh dikatakan semua pemilik ingin jualkan dengan harga maksimum dan meraih keuntungan maksimum. Tetapi penjualan yang relevan mestilah berpandukan pasaran hartanah (property market) dan nilai pasaran (market value) semasa. Penetapan harga jualan tanpa 2 faktor di atas agak sukar untuk terjual dalam masa yang singkat. Tambahan pula dalam beberapa tahun ini pasaran hartanah tidak berapa baik.
Sebagai Perunding Hartanah (REN):
Hanya sebagai pemudah cara dan memberi nasihat yang relevan kepada penjual dan juga pembeli. Harus diingat penjual dan pembeli juga manusia biasa yang semuanya tak nak rugi. REN tidak boleh membuat janji manis bagi harga paling rendah bagai tanpa persetujuan dari owner.
Begitu juga pasal barangan yang ada di dalam rumah yang ingin dijual. Jangan pandai-pandai janji tanpa persetujuan dari pemilik. Lagi teruk pasal jumlah kutipan deposit dari pembeli. Berapa banyak perlu dikutip sama ada 3%, 5%, 10% atau RM500 sekalipun REN kena bagitahu berapa amaun yang akan dikutip jelaskan apa yang berlaku. Bukan apa untuk mengelakkan REN dimaki hidup-hidup tanpa bius.
Di sini perlukan ketelusan dan kejujuran semasa dalam proses rundingan dengan penjual dan pembeli. Ini pun jika kita ingin berniaga untuk jangka masa panjang.
Tak perlu menekan harga pihak penjual sehingga dia kerugian atau dapat untung yang tak sepatutnya. Begitu juga tak perlu guna pelbagai taktik pintu belakang semata-mata untuk dapatkan sales.
Apabila diiklankan, unit yang ingin dijual mestilah tersedia untuk dijual (jika subsale). Bukannya diiklankan dengan harga termurah di pasaran kononya kita jaga kawasan tersebut, selepas dapat pembeli barulah cari pemilik dan tekan owner untuk jualkan kononnya cek atau duit deposit dah ada kat tangan.
Harus Diingat:
Dalam berniaga, semua orang inginkan keuntungan yang maksimum. Tetapi harus diingat, jangan sampai ada pihak yang teraniaya kecuali dia setuju rugi atau tak nak untung banyak dengan kerelaan sendiri.
Sebaiknya, teruskan hubungan di antara penjual, pembeli dan REN walaupun proses jualan telah selesai. Jika mereka puas hati dengan khidmat kita, mungkin lepas ini mereka akan rekemen kepada sanak-saudara dan rakan taulan mereka pula.
Tapi jika semasa dalam proses jualan dan belian tadi ada pihak yang rasa tertipu, sudah pasti hubungan tadi sampai setakat jualan itu sahaja. Mohon tegur jika saya tersalah tulis. Saya pun REN biasa yang masih perlukan bimbingan dan tunjuk ajar.
BERMINAT JADI REN BERSAMA SAYA? KLIK SINI
Kamaruzaman Omar
Leave a Comment