Sebagai ejensi hartanah (Agency), anda mempunyai tanggungjawab besar terhadap Real Estate Negotiator (REN) yang berdaftar dengan anda. Berikut adalah tanggungjawab utama anda:
1. Mendaftar REN Secara Sah dengan LPPEH
- Pastikan semua REN yang bernaung di bawah anda berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta (LPPEH).
- Proses pendaftaran perlu melibatkan:
- Surat lantikan dari agensi
- Syorkan kepada REN yang baru daftar supaya terus hadiri (NEGOTIATOR CERTIFICATION COURSE – NCC)
- Daftarkan nama REN di LPPEH dan dapatkan REN Tag rasmi
2. Menyediakan Latihan dan Bimbingan
- Sediakan latihan asas dan berterusan kepada REN, termasuk:
- Ilmu undang-undang hartanah
- Etika kerja dan pematuhan undang-undang
- Kemahiran jualan & pemasaran
- Prosedur dokumentasi transaksi hartanah
3. Menjaga Kebajikan dan Sokongan Operasi
- Bantu REN dalam aspek:
- Kemudahan tempat kerja (coworking space, bilik mesyuarat)
- Sokongan bahan pemasaran (flyers, banner, FB Ads)
- Bantuan teknikal seperti sistem CRM atau listing
- Bantuan urusan peguam, pinjaman, dan guaman
4. Memastikan REN Patuh Etika dan Undang-Undang
- Pantau supaya REN:
- Tidak melakukan “double agency”
- Tidak membuat iklan palsu atau menipu pelanggan
- Tidak menerima atau meminta komisen secara haram
- Ambil tindakan jika berlaku pelanggaran seperti gantung atau tamatkan lantikan.
. Bayaran Komisen Yang Telus dan Adil
- Tetapkan polisi pembahagian komisen yang jelas dan adil
- Pastikan pembayaran komisen dilakukan mengikut masa dan perjanjian
- Elakkan unsur penipuan atau manipulasi dalam bayaran
6. Melindungi Nama Baik Agensi dan Industri
- Latih REN supaya menjadi duta jenama yang positif
- Tindakan salah oleh seorang REN boleh jejaskan reputasi agensi dan industri secara keseluruhan
- Laporkan REN yang melakukan kesalahan berat kepada LPPEH
7. Menyediakan Laluan Kerjaya
- Galakkan REN untuk naik taraf kepada:
- PEA (Probationary Estate Agent)
- REA (Registered Estate Agent)
- Tawarkan peluang untuk jadi team leader, coach, atau rakan kongsi agensi
Jika agensi gagal jalankan tanggungjawab, LPPEH boleh mengenakan tindakan tatatertib ke atas agensi termasuk penggantungan lesen.
Berminat nak jadi REN Protasa??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60103086718/DaftarRENProtasa
Kamaruzaman Omar
“Nak Jual atau Beli Rumah di Shah Alam, Puncak Alam & Sungai Buloh? Hubungi Ejen Hartanah Berdaftar Kamaruzaman Omar”
- KENAPA APARTMENT MELODI PERDANA PUNCAK ALAM SANGAT BERBALOI UNTUK DIBELI?
- PEMBUKAAN TOL ECO GRANDEUR DAN PEMBINAAN STESEN ECRL “BOOMKAN” PUNCAK ALAM
- Pembukaan Persimpangan Bertingkat & Plaza Tol Eco Grandeur: Lonjakan Baharu Pasaran Hartanah Puncak Alam
- LARANGAN-LARANGAN YANG REN KENA PATUHI DALAM KERJANYA SEBAGAI REN
- STESEN ECRL PUNCAK ALAM: KENAPA MASIH RAMAI YANG BELUM TAHU KEWUJUDANNYA?



