Kamaruzaman Omar

Blog

Apakah Persediaan Seseorang Sebelum Jadi REN?

Berikut ialah persediaan penting yang seseorang perlu lakukan sebelum menjadi Real Estate Negotiator (REN) di Malaysia:

1. Fahami Kerjaya REN

  • REN ialah seorang Perunding Hartanah Berdaftar yang membantu klien menjual, membeli atau menyewa hartanah.
  • Bekerja secara komisen tiada gaji tetap.
  • Perlu ada kemahiran komunikasi, rundingan, dan pemasaran.

2. Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tiada rekod jenayah
  • Tidak bankrap
  • Kelayakan minimum miliki Sjil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Boleh membaca, menulis dan berkomunikasi dengan baik (BM & BI)

3. Hadiri Kursus Negotiator Certification Course (NCC)

  • Kursus 2 hari yang diiktiraf oleh BOVAEA (LPPEH)
  • Biasanya dianjurkan oleh agensi hartanah berdaftar
  • Selepas tamat, anda akan terima Sijil NCC ini adalah WAJIB untuk daftar REN Tag. Jika tak berdaftar dengan mana-mana ejensi, sijil ini akan tamat setelah 1 tahun ianya dikeluarkan (sijil NCC hanya sah untuk 1 tahun sahaja).

4. Pilih Agensi Hartanah Berdaftar

  • Anda perlu bernaung di bawah agensi hartanah yang sah dan berdaftar dengan LPPEH
  • Pastikan agensi menyediakan:
    • Latihan & bimbingan
    • Sistem sokongan (admin, pemasaran)
    • Suasana kerja yang positif dan aktif

5. Mohon REN Tag daripada LPPEH

  • Setelah dapat sijil NCC & agensi setuju ambil anda, agensi akan bantu mohon REN tag
  • REN tag mengandungi:
    • Nama
    • Nombor REN
    • Nama agensi
    • QR code untuk pengesahan LPPEH
  • Wajib pakai tag ini semasa bekerja

6. Lengkapkan Diri Dengan Peralatan & Ilmu

  • Telefon pintar & data internet (untuk kerja luar & iklan)
  • Akses kepada portal hartanah (PropertyGuru, iProperty, Mudah.my dsb.)
  • Ilmu asas:
    • Proses jual beli hartanah
    • Pinjaman perumahan
    • Undang-undang asas hartanah
    • Strategi pemasaran & rundingan

7. Bersedia Dari Segi Mental & Kewangan

  • Bulan pertama mungkin tiada pendapatan tetap
  • Perlu sabar, rajin, dan disiplin
  • Sediakan simpanan untuk kos hidup sementara tunggu komisen

8. Bangunkan Personal Branding

  • Akaun media sosial profesional (FB, IG, TikTok)
  • Guna gambar profesional & cara penyampaian yang beretika
  • Belajar hasilkan content hartanah yang memberi nilai kepada prospek

Anda nak jadi REN??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjadiren

Kamaruzaman Omar

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top