Kisahnya apabila saya dipanggil oleh pemilik untuk jualkan hartanah milik mereka.
Macam biasa sejak dulu hingga kini saya akan tanya mereka macam mana dapat no telefon saya? Kalau dulu jawapan mereka dari saudara, kenalan, dari portal di internet dan seumpamanya.
Tapi trend terkini dah berubah apabila saya tanya dapat no telefon dari mana? Jawapan mereka katanya dari ChatGPT.
Sebenarnya memang ramai orang gunakan ChatGPT untuk:
1) Tanya soalan pasal jual beli rumah.
2) Cari tips harga rumah.
3) Nak tahu cara pilih REN yang betul
malah ada juga pemilik rumah yang nak jual tapi tak tahu nak mula. Jadi mereka cuba tanya ChatGPT terlebih dahulu.
Kalau anda nak tersenarai sebagai REN (Real Estate Negotiator) pilihan di ChatGPT, anda perlu:
1. Bina Kredibiliti Online
– Konsisten buat posting informatif (tips beli/jual rumah, proses pinjaman, kesilapan biasa pembeli).
– Tunjukkan closing deal testimoni, gambar bersama klien.
– Pakai branding konsisten nama, gambar profesional, logo syarikat.
2. Jadi Area Specialist
– Fokus satu kawasan buat posting detail pasal kawasan tu (harga pasaran, sekolah, akses jalan, kemudahan).
– Bila orang sebut kawasan tertentu nama anda automatik akan terpapar.
3. Engage dengan Komuniti
– Aktif dalam group FB, Telegram, WhatsApp komuniti setempat.
– Bantu jawab soalan orang (jangan terus menjual, tapi beri ilmu).
– Orang suka REN yang mudah dihubungi dan mesra , bukan hanya push jualan semata-mata.
4. Sokongan Testimoni
– Minta klien lama buat review / testimoni ringkas.
– Upload di FB, IG, TikTok dan juga Google Business Profile bila orang search nama anda, terus nampak positif.
5. Gunakan AI & Platform Digital
– Tulis artikel, jawapan atau posting guna ChatGPT.
– Lagi banyak info bermanfaat anda kongsi, lagi tinggi peluang nama anda naik sebagai rujukan utama.
Nama REN akan jadi “pilihan” bila orang nampak anda konsisten, berilmu, fokus kawasan dan ada bukti track record.
.Cuma ramai orang tak percaya sebab mereka anggap ChatGPT hanya “mesin jawab soalan”, bukan “jambatan peluang bisnes”.
Sebenarnya, ChatGPT ni macam virtual assistant dan marketing tool. Kalau pandai guna, memang sangat membantu dari dapatkan pemilik sehingga proses closing deal.
Sapa ada pengalaman sama macam saya boleh kongsi di sini.
Semoga bermanfaat.
Anda nak jadi REN??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjadiren
Kamaruzaman Omar
“Nak Jual atau Beli Rumah di Shah Alam, Puncak Alam & Sungai Buloh? Hubungi Ejen Hartanah Berdaftar Kamaruzaman Omar”
- KENAPA APARTMENT MELODI PERDANA PUNCAK ALAM SANGAT BERBALOI UNTUK DIBELI?
- PEMBUKAAN TOL ECO GRANDEUR DAN PEMBINAAN STESEN ECRL “BOOMKAN” PUNCAK ALAM
- Pembukaan Persimpangan Bertingkat & Plaza Tol Eco Grandeur: Lonjakan Baharu Pasaran Hartanah Puncak Alam
- LARANGAN-LARANGAN YANG REN KENA PATUHI DALAM KERJANYA SEBAGAI REN
- STESEN ECRL PUNCAK ALAM: KENAPA MASIH RAMAI YANG BELUM TAHU KEWUJUDANNYA?



