1. Realiti Kerja Seorang REN
Dalam dunia hartanah, masalah memang akan ada, antaranya:
- Owner tak mahu turunkan harga.
- Buyer pinjaman bank tak lepas.
- Co-agent tiba-tiba senyap.
- Dokumen lambat siap.
Semua ini normal. Kalau kita lari, masalah tetap akan kejar kita balik.
2. Kenapa Tak Boleh Lari Dari Masalah?
- Nama baik tercalar – Owner dan buyer akan hilang percaya.
- Network rosak – Co-agent tak nak repeat deal dengan kita.
- Rezeki tersekat – Peluang jualan hilang sebab kita tak berani hadapi cabaran.
3. Macam Mana Nak Hadapi Masalah?
✅ Terus berkomunikasi – Jangan senyap bila ada isu. Update client walaupun berita kurang baik.
✅ Cari punca sebenar – Contoh: loan buyer reject, check sebab CCRIS/CTOS. Jangan salahkan bank semata.
✅ Bincang dengan senior/leader/management – Kadang-kadang masalah nampak besar sebab kita cuba uruskan seorang diri.
✅ Berbincang dengan matang – Masalah harga, deposit, atau salah faham boleh selesai dengan win-win solution.
✅ Fokus solusi, bukan alasan – Ingat, client cari kita sebab nak masalah mereka dalam hartanah diselesaikan.
4. Mindset REN Profesional
- Masalah = ujian kematangan dalam industri hartanah.
- Masalah = ruang belajar jadi lebih mahir.
- Masalah = pintu rezeki bila kita berjaya selesaikannya.
5. Kesimpulannya
👉 “REN yang berjaya bukan yang lari dari masalah, tapi yang berani hadapi dan selesaikannya dengan profesional.”
Kamaruzaman Omar
“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”




