Kamaruzaman Omar

Blog

Jual Rumah: Nak Harga Paling Tinggi, Kondisi Pun Kena Paling Baik

Ramai pemilik rumah nak jual pada harga paling tinggi, tapi tak semua sedar bahawa harga jual bukan semata-mata tentang lokasi atau saiz, tapi tentang persepsi dan keadaan rumah itu sendiri.

1. Rumah Kena “Ready” Untuk Pembeli

Sebelum rumah diwar-warkan untyk dijual, pastikan keadaan rumah menarik perhatian sejak pandangan pertama.

  • Cat baru di dinding luar & dalam jika perlu.
  • Lantai bersih, tandas wangi, bilik tidur kemas.
  • Buang barang peribadi berlebihan bagi pembeli mudah bayangkan diri mereka tinggal di situ.

👉 Rumah yang bersih dan tersusun boleh mempercepatkan proses jualan berbanding kondisi rumah yang tak tersusun dan teruk.

2. Gambar & Video Mesti Profesional

Zaman sekarang, 90% pembeli buat carian online dulu.
Kalau gambar gelap, kabur atau serabut, terus “swipe” ke listing lain.

  • Guna gambar terang, komposisi baik, dan sudut yang tunjuk keluasan sebenar (right angle).
  • Video walkthrough atau 360° view beri keyakinan dan “feel” sebenar rumah.
  • Gunakan deskripsi dengan mood positif, bukan sekadar “rumah untuk dijual”.

👉 Gambar yang menarik mampu gandakan jumlah pertanyaan dalam masa singkat.

3. Harga Mesti Realistik

Ramai pemilik terlalu ikut emosi letak harga ikut “sayang rumah”, bukan ikut data.
Hakikatnya, harga pasaran banyak berdasarkan faktor permintaan dan transaksi semasa bukannya cakap-cakap dari jiran.

  • Buat perbandingan dengan rumah sekitar (similar type & area).
  • Semak laporan pasaran atau rujuk REN yang berpengalaman.
  • Ingat: harga tinggi tapi tak ada pembeli = tak terjual akhirnya salahkan REN dan sebagainya.

👉 Lebih baik letak harga “marketable” dan dapat banyak pembeli berminat, berbanding tunggu lama tanpa hasil. Ansuran bulanan kepada pihak bank kena bayar tanpa gagal.

4. Marketing Strategi Kena Mantap

Harga tinggi hanya berbaloi kalau strategi pemasaran tepat.
REN profesional akan:

  • Targetkan pembeli sebenar, bukan sekadar tayang listing.
  • Guna platform yang betul: portal hartanah, media sosial, iklan video.
  • Uruskan viewing, nego, hingga close deal.

👉 Strategi marketing yang betul boleh bantu capai harga jual lebih tinggi tanpa perlu “mark up” berlebihan.

5. Rumah Cantik = Pembeli Serius

Bila pembeli masuk dan rasa “wow”, mereka akan nilai rumah anda lebih tinggi secara automatik.
Itulah psychological value nilai yang datang daripada emosi, bukan angka.

Kesimpulan:

Kalau nak harga jual paling tinggi, pastikan rumah anda beri nilai yang paling tinggi di mata pembeli.
Harga tinggi datang bila rumah nampak terjaga, market kena betul, dan diurus secara profesional.

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top