Ramai pemilik rumah bila nak jual hartanah miliknya, terus lantik ramai Perunding Hartanah (REN) serentak dengan harapan cepat terjual.
Tapi… adakah tindakan tu betul dan berkesan?
Jom kita faham konsep sebenar.
1. Tiada Had Undang-Undang, Tapi Kena Faham Strategi
Secara asasnya, pemilik boleh lantik lebih dari seorang REN untuk jual satu-satu hartanah.
TAPI, ia bergantung pada jenis lantikan:
Exclusive Listing
- Hanya seorang REN atau agensi dibenarkan uruskan jualan.
- Tempoh lantikan biasanya: 3 – 6 bulan.
- Semua pertanyaan, iklan dan viewing diurus oleh REN yang dilantik.
- Jika rumah terjual dalam tempoh tu (walaupun pembeli datang sendiri), REN tersebut berhak menuntut komisen dari penjualan tersebut.
➡️ Sesuai untuk pemilik yang nak urusan lebih teratur dan marketing fokus.
General Listing
- Pemilik boleh lantik ramai REN pada satu-satu masa.
- Tiada tempoh ekslusif siapa bawa pembeli dulu dan sekiranya sukses, dia yang dapat komisen.
- REN lain boleh juga iklankan rumah sama (kadang dengan harga berbeza).
➡️ Nampak menarik, tapi boleh jadi kelam kabut dan beri persepsi buruk pada pembeli.
2. Risiko Bila Lantik Ramai REN (Open Listing)
Walaupun niat baik, tapi kesannya boleh jadi sebaliknya:
⚠️ Harga tak konsisten
– Setiap REN mungkin iklankan harga berbeza untuk tarik perhatian. Pembeli jadi keliru.
⚠️ Timbulkan Persepsi
– Bila banyak listing sama muncul di portal, timbul di kalangan pembeli rasa rumah tu “lama tak laku” atau “owner desperate”.
⚠️ Kurang fokus daripada REN
– Bila tahu ramai REN lain juga promote, semangat REN untuk buat marketing secara agresif akan jadi kurang.
3. Kelebihan Lantik Seorang REN Secara Ekslusif
✅ Strategi marketing lebih tersusun
✅ Kawalan harga & imej rumah lebih baik
✅ Komunikasi jelas hanya satu saluran
✅ REN boleh buat iklan video, home tour dan promosi serius sebab ada keyakinan jualan miliknya
👉 Macam doktor — bila sakit, kita cari seorang pakar, bukan 5 orang bagi ubat berlainan.
4. Risiko Lantikan Ekslusif
- Terikat dengan satu REN saja – jika REN tak aktif, risiko rumah terperap lama tinggi.
- Susah batalkan kontrak awal – perlu ikut syarat dan notis dalam perjanjian.
- REN tak fokus kawasan – marketing jadi lemah kalau REN tak fokus lokasi.
- Bergantung pada satu strategi – kalau tak berkesan, jualan jadi perlahan. Kecuali REN open listing untuk COA.
5. Bila Sesuai Lantik Ramai REN?
- Jika rumah berada di lokasi luar kawasan utama (slow market)
- Atau dalam keadaan nak cepat jual, tapi masih kena pastikan harga pasaran realistik
Namun, pastikan setiap REN tahu bahawa mereka bukan eksklusif, supaya tiada isu komisen nanti.
5. Kesimpulan
Lantik ramai REN bukan jaminan rumah cepat terjual.
Yang penting bukan berapa ramai REN, tapi siapa REN yang betul-betul komited dan berstrategi.
Kalau nak jual rumah dengan harga terbaik dan proses lancar,
👉 lantik seorang REN yang serius, bukan ramai yang sambil lalu.
Kamaruzaman Omar
“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”




