Kamaruzaman Omar

Blog

KEJAYAAN REN: KENALI CIRCLE YANG BETUL

Kejayaan REN: Kenali Circle Yang Betul

Sebagai REN, kejayaan bukan datang dari kerja keras semata-mata tapi dari siapa yang ada di sekeliling anda.

👉 Circle anda menentukan arah anda.

1️⃣ Circle Positif

Mereka yang kongsi ilmu, bukan gosip.
Yang angkat anda bila jatuh, bukan ketawakan bila anda gagal.
Yang tunjuk peluang, bukan sekadar mengkritik.

2️⃣ Circle Produktif

REN yang turun padang, bukan hanya pandai bercakap.
Yang buat listing, closing, dan follow up, bukan hanya buat content kosong.

3️⃣ Circle Visionary

Mereka nampak masa depan dalam industri ini.
Mereka sentiasa upgrade ilmu, bukan selesa dengan status sekarang.
Mereka ajak anda fikir besar buka team, bina brand, bina nama.

Circle Yang REN Perlu Jauhi

Tak semua circle bawa anda naik.
Ada juga yang nampak macam kawan, tapi sebenarnya tarik kita ke bawah perlahan-lahan.

🚫 1️⃣ Circle Pengeluh

Asyik cakap:

“Market slow…”
“Owner cerewet…”
“Buyer tak mampu…”

👉 Bila hari-hari dengar benda negatif, semangat pun perlahan-lahan hilang.
Elak geng pengeluh. Mereka bukan bantu, mereka bebankan.

🚫 2️⃣ Circle “Pandai Cakap, Tak Buat Kerja”

Mereka suka bagi nasihat, tapi listing pun tiada, follow up pun malas.
Suka nampak sibuk di media sosial, tapi tiada hasil di lapangan.
👉 Jangan terperangkap dalam aura “syok sendiri”.

🚫 3️⃣ Circle Sailang & Tikam Belakang

Jenis yang ambil listing kawan, guna maklumat buyer orang lain,
dan sanggup tipu demi komisen.
👉 Jauhi mereka.
Sekali nampak untung cepat, tapi nama dan maruah hancur jangka panjang.

🚫 4️⃣ Circle Tak Mahu Belajar

“Dah cukup pandai.”
“Tak payah training, buang masa.”
👉 Sedangkan dunia hartanah sentiasa berubah
yang tak belajar akan tertinggal jauh.

🚫 5️⃣ Circle Tak Ada Matlamat

Hari ni semangat, esok hilang.
Hari ni nak berjaya, minggu depan dah give up.
👉 Bila anda ikut rentak mereka, anda pun hilang arah.

💬 Ingat:

Circle salah boleh matikan potensi betul.
Circle betul boleh hidupkan semula semangat lama.

💬 Ingat:
Kalau anda duduk dalam circle yang salah,
anda akan terpengaruh dengan cara fikir yang salah.

📈 Tukar circle, ubah nasib.
Kerana circle yang betul bukan sekadar kawan kerja mereka jadi pendorong kejayaan anda.

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top