Kamaruzaman Omar

Blog

KERJAYA REN: SELAIN DUIT, APA REN DAPAT?

Ramai orang fikir jadi REN ni hanya tentang komisen semata-mata.
Jual rumah, dapat duit. Kalau tak ada jualan, tak ada gaji.

Tapi… hakikatnya,
kerjaya REN sebenarnya lebih dari sekadar duit. Duit jika dikejar sampai meninggal pon tak akan cukup.

Apa yang bestnya kerja REN tapi tak semua orang nampak ialah:

1. ILMU DAN PENGALAMAN BISNES

Setiap hari jumpa pelbagai jenis orang pembeli, owner, pelabur, banker dan pihak peguam. Kita akan belajar real skill of selling, negotiation dan marketing yang ramai orang luar tak pernah alami. Setiap hari kita belajar macam mana nak urus pelanggan, faham pasaran, bina strategi marketing dan runding harga. Ini semua real-life business skills yang tak diajar dalam buku.

2. NETWORKING DAN HUBUNGAN

REN berpeluang jumpa ramai orang owner, pelabur, banker, peguam, usahawan.
Dari satu pelanggan, kadang boleh jadi kawan baik atau long-term client. Dalam dunia hartanah, kita bergaul dengan orang berduit, usahawan, dan profesional. Satu perbualan boleh buka peluang baru yang ubah hidup.

3. PEMBENTUKAN DIRI

Kerja ni ajar erti sabar, konsisten dan mental yang kuat. Setiap kali gagal tutup jualan (closed deal), kita belajar sesuatu. Setiap kali berjaya, keyakinan diri makin meningkat. Kerja ni ajar kita disiplin, sabar dan tahan tekanan. REN yang bertahan lama bukan sebab pandai, tapi sebab kental dan tak mudah putus asa.

4. KEPUASAN DIRI

Inilah yang ramai tak nampak. Bila kita bantu orang capai impian beli rumah pertama, atau bantu owner yang lama tertekan akhirnya berjaya jual rumah itu rasa yang tak boleh dibayar dengan duit. Kepuasan tu datang dari nilai sebenar kerja kita.

5. PERSONAL BRANDING

Nama kita boleh jadi jenama sendiri. Bila orang sebut kawasan atau taip je kat ChatGPT atau google “Cari rumah area Puncak Alam? Ha, cari [NAMA REN TU]! ”Itu hasil consistency dan reputasi.

6. POTENSI INCOME TANPA HAD

komisen tetap jadi “reward utama”. Tapi ia datang seiring dengan nilai diri yang kita bina setiap hari. Bila semua di atas dibuat dengan betul, komisen akan datang secara tak langsung. Tiada had, tiada limit bergantung kepada usaha sendiri.

KESIMPULANNYA:
Dalam dunia hartanah,
komisen hanyalah “hasil”.
Tapi ilmu, pengalaman, kepuasan dan perubahan diri itulah ganjaran sebenar yang jadikan REN berjaya dan bertahan lama.

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top