Kemahiran komunikasi bukan sekadar boleh bercakap ia adalah keupayaan untuk menyampaikan maklumat dengan jelas, membina kepercayaan, dan mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh klien.
1. Membina Kepercayaan Pelanggan
- Klien lebih yakin dengan REN yang boleh menerangkan fakta hartanah dengan jelas dan jujur.
- Nada suara, bahasa badan dan ketepatan maklumat mencerminkan profesionalisme.
2. Menangani Pertanyaan dan Bantahan
- Klien sering bertanya banyak soalan dan ada yang ragu-ragu.
- REN dengan kemahiran komunikasi baik boleh menjawab secara tenang dan meyakinkan tanpa nampak defensif.
3. Meningkatkan Potensi Jualan (Closing Deal)
- Cara kita berkomunikasi menentukan sama ada klien “percaya dan teruskan”, atau “undur diri”.
- Ayat yang tepat dan gaya komunikasi yang mesra boleh membantu convert lead kepada jualan.
4. Menjelaskan Proses Jual Beli Dengan Jelas
- Ramai klien kali pertama beli rumah mereka perlukan bimbingan langkah demi langkah. Mereka perlukan penerangan A-Z.
- REN yang boleh menerangkan dengan jelas akan kurangkan salah faham dan tingkatkan kepuasan pelanggan.
5. Membina Reputasi Dan Rangkaian Jangka Panjang
- Komunikasi yang baik bukan sekadar untuk satu jualan sahaja, tetapi untuk membina hubungan jangka panjang.
- Pelanggan yang berpuas hati akan buat rujukan dan testimoni positif kepada orang lain pula.
6. Komunikasi Dalaman Dan Pasukan Berkaitan
- REN juga perlu berhubung dengan rakan sepasukan, pemaju, peguam dan pegawai bank.
- Komunikasi yang jelas memudahkan urusan dan elak salah faham yang boleh menjejaskan proses jual beli.
Kesimpulannya:
“REN yang hebat bukan sekadar tahu pasal hartanah tetapi tahu bagaimana nak bercakap dengan hati dan memenangi kepercayaan klien.”
Kamaruzaman Omar
“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”
- KENAPA APARTMENT MELODI PERDANA PUNCAK ALAM SANGAT BERBALOI UNTUK DIBELI?
- PEMBUKAAN TOL ECO GRANDEUR DAN PEMBINAAN STESEN ECRL “BOOMKAN” PUNCAK ALAM
- Pembukaan Persimpangan Bertingkat & Plaza Tol Eco Grandeur: Lonjakan Baharu Pasaran Hartanah Puncak Alam
- LARANGAN-LARANGAN YANG REN KENA PATUHI DALAM KERJANYA SEBAGAI REN
- STESEN ECRL PUNCAK ALAM: KENAPA MASIH RAMAI YANG BELUM TAHU KEWUJUDANNYA?



