Kamaruzaman Omar

Blog

PEMBELI RUMAH PERTAMA: APA YANG MEREKA MAHUKAN?

Ramai pembeli rumah pertama bukan tak mahu beli rumah cuma mereka perlukan panduan, keyakinan, dan bantuan yang betul.
Sebagai REN, kita perlu faham apa sebenarnya mereka cari dan risaukan.

1. Harga Yang Mereka Mampu

  • Mereka sangat sensitif terhadap bajet bulanan.
  • Fokus utama: ansuran bulanan yang tak membebankan.
  • Mereka mahu tahu secara jujur: “Boleh ke saya lepas loan ni?”

2. Lokasi Strategik Dan Akses Mudah

  • Dekat dengan tempat kerja, lebuhraya, sekolah atau pengangkutan awam.
  • Walaupun rumah kecil, kalau lokasi bagus mereka anggap berbaloi.

3. Rumah Siap Dan Sedia Diduduki

  • Ramai pembeli pertama takut risiko projek lewat siap atau pun terbengkalai.
  • Rumah siap bina (subsale atau completed new project) memberikan rasa lebih selamat pada mereka.

4. Proses Pinjaman Dan Dokumen Yang Mudah Difahami

  • Mereka tak biasa dengan istilah-istilah bank dan dokumen perundangan yang disediakan oleh pihak peguam.
  • REN yang boleh terangkan langkah demi langkah dengan sabar akan dapat memenangi hati dan kepercayaan mereka.

5. Kondisi Rumah Yang Baik

  • Mereka tak mahu tanggung kos ubah suai besar.
  • Rumah yang bersih, dijaga, dan boleh terus masuk sangat menarik perhatian.

6. REN Yang Mesra Dan Boleh Dipercayai

  • Pembeli pertama lebih mudah percaya pada REN yang jujur, sabar, dan tak menekan.
  • Mereka nak rasa dibimbing, bukan dipaksa beli. Tak semua REN ada pakej ini pada diri mereka. Jika ada satu kelebihan.

Kesimpulan:

“Pembeli rumah pertama bukan hanya mencari rumah tetapi juga mereka mencari ketenangan, keyakinan, dan seseorang yang boleh mereka percayai.”

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top