Walaupun projek mega ini bakal mengubah masa depan Puncak Alam, namun masih ramai penduduk dan pelabur terlepas pandang tentang kewujudannya. Kenapa?
1️⃣ Kurang pendedahan dalam media arus perdana
Laporan lebih tertumpu pada kawasan besar seperti Stesen Gombak, Stesen Rawang, Stesen Pelabuhan Klang dan Kuantan. Stesen Puncak Alam kurang disebut.
2️⃣ Lokasi masih dalam pembangunan awal
Reka bentuk akhir, akses masuk, dan pembangunan sekitar masih belum jelas untuk orang ramai nampak potensinya.
3️⃣ Persepsi Puncak Alam hanya kawasan “pinggir bandar”
Ramai anggap Puncak Alam jauh, padahal ECRL bakal menghubungkannya terus ke Kota Bharu – Gombak – Port Klang.
4️⃣ Pemaju dan ejen belum all out kongsikan potensi
Tiada kempen besar-besaran untuk war-warkan nilai pelaburan masa depan di sekitar stesen.
5️⃣ Orang hanya percaya bila dah nampak
Majoriti pembeli menunggu projek siap atau sekurang-kurangnya 70% progres sebelum mereka yakin.
Apa maksudnya untuk pelabur dan pemilik rumah?
✔ Masih awal = peluang besar
✔ Harga rumah sekitar stesen berpotensi naik tinggi bila landasan siap
✔ Permintaan sewa bakal meningkat dengan kemasukan pelajar, pekerja & komuniti baharu
Rumusan
“Bila semua orang mula bercakap tentang ECRL Puncak Alam — masa terbaik untuk beli sudah pun berlalu.”
Kamaruzaman Omar
“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”




